Wednesday, April 27, 2011

Keresahan umpama sembilu yang mencucuk


Assalamualaikum semua!!!
Okay. Mood aku hari ni macam tongkang pecah. Jadi entry kali ini mungkin agak serius. Tak kesahlah, kan? Uwargghhh... Sejak akhir-akhir ni, macam-macam yang dah berlaku. Perkara serius pertama ialah kemunculan kucing yang luarbiasa gemok yang menyerupai Garfield. Fuyooh. Aku dah penat terkejut macam kura-kura setiap kali terserempak dengan kucing terlebih lemak tu. Dan setiap kali tu jugaklah aku akan terpekik nyaring. Mana tak nya. Dah kucing tu dengan pandangan tajam yang menusuk terus terkam aku dan membenamkan kuku-kuku yang baru dia asah tu ke muka aku yang tak berapa nak licin ni. Serentak dengan itu, darah-darah mula mengalir. Aku terlopong terus bila tengok kucing tu tersenyum. Spesis kucing dalam cerita Alice in the Wonderland ker? Okay. Aku tipu je. Kucing tu tak terkam aku pun. Dia terlentang steady je. Dan kucing tu tak pandang kat aku pun. Aku je yang lebih-lebih pandang kat dia. Uhuk. Sebenarnya aku still tak puas hati sebab kucing gemok macam tu berjaya menakutkan aku yang gagah ni. Bukan sekali tapi dah 3kali. Just duduk tanpa berbuat apa-apa dengan muka sebijik macam Garfield dia tu. Geram, tau tak?! Pencapaian terhebat si kucing ni apabila dia telah mem-berak dengan bangganya dekat sinki tempat kitorang basuh pinggan mangkuk. Dan saat aku menaip entry, benda ta** tu still ada di situ. Dan kucing tu jugak yang bertanggungjawab sebab sampai saat itulah juga aku tak pernah lagi berani masuk dalam toilet tu. Cis, kucing derhaka!

Eh, jap jap!
Kenapa aku cerita pasal kucing gemok pulak ni?
Argghhh... adakah beliau telah tertambat dalam hatiku yang sekeping ini?
TAK MUNGKINNN LAH!!!! lololololololol

Okay. Enough bout the kucing gemok.
Sebenarnya hari ni ialah hari Doraemon bertukar jadi Kangaroo. Atau lebih tepat lagi hari di mana aku terjatuh ke dalam swimming pool tapi tak lemas. Tak lemas? Tapi aku kan tak pandai berenang. Fuyooh! Ajaib tak?

7bulan 7hari 7minit dan 7saat
*tempoh doraemon dan mii-chan bersama*
Mungkin bagi sesetengah orang, tempoh tersebut sangat lama. Atau mugkin juga sangat payah. Tapi tahukah sesetengah orang itu bahawa tempoh tersebut itulah yang akan mengubat luka yang akan mendatang. Bagi sesetengah oranglah. Bukan aku. Hehehehehe. Aku kan kangaroo yang hebat dalam bertinju. \(^0^)/
Eh, kena bangga ker?


alien: sueee! awak suka siapa?
aku: aku suka dia.

Eeehhhhhhh???????

"... she has been waited so long for this moment. though it might hurting her badly. but it did not! some days when she look up at the sky through the rainbow. feel the drops of rain. feel the heartbeat. then the feeling comes. dup dap dup dap. haa berdebar kau!..."

p/s kepada yang faham, fahamlah anda. auchh. sori. aku banyak berkias dalam berpantun pada entry kali ini. hihihihihi.
p/s/s tadi dah buat expressive corner. wuuuhuuuuuu!!!

Friday, April 22, 2011

we love tumblr-ing!

Assalamualaikum semua!
Disebabkan semester ketiga aku di bumi Nilai ni banyak sangat waktu terluang; tak termasuk begitu banyak kelas yang cancel, duduk goyang kaki depan meja belajar, nak menulis sesuatu tapi tak tahu nak tulis apa... nak karang cerita huk aloh aku ni mana ada idea, tak reti pun... nak cipta novel? Apatah lagi-lah. Orang tak payah habaq, aku sendiri yang akan volunteer cakap.... Gila apa? Hahaha. Well, apa maknanya hidup kalau tak pergi kelas? Disebabkan masalah-masalah inilah aku, dilanisa, dan wani jadi terlebih excited sedikit.

Dang dang dang
Kisah ni seram sedikit. Sebab kejadian ni berlaku pada waktu malam.
Malam tu tak seperti malam-malam yang sebelumnya. Mungkin mereka tak dapat rasa... tapi aku tahu. Dingin. Suram. Bintang bulan pun tak nampak. Aku macam biasalah, lepak santai depan laptop menghadap facebook. Busy ber-chatting. Padahal chat dengan budak sebelah aku jer. Nak save-kan suara, that's why kitorang chatting jer. Maklumlah, orang kata suara perempuan tu aurat.

Tiba-tiba aku nak pergi toilet pun rasa takut. Entah kenapa. Aura malam tu saspen sangat. Semua buat muka serius. Aku pandang member aku. Dia pun pandang aku balik. Tiba-tiba dia jerit! Betul-betul dekat telinga aku.

"Aku BOSAN lah weh!!!"
terkezut beruk aku masa tu. Nak cover punya pasal aku pun balas balik. Lagi kuat daripada dia.

"OKAY! JOM BUAT TUMBLR!"

Dia pandang aku pelik. Actually muka aku yang pelik. Herot sebelah. Apokobondo aku cakap tadi? Apa jadah tumblr tu??? Tam spider ker? Errr.... Okay. Terus aku google cari maksud t.u.m.b.l.r tu. Tak sampai seminit selepas aku memahami encik tumblr ni luar dalam... terus aku sign up! Kemudian, dalam satu malam jer semua Formspring Twitter dan Tumblr ni di-signup. Twitter aku tak buat. Kawan aku je ade. Malas ah. Seperti semua orang kat dunia ni yang dah mengalami kegilaan tumblr-ing, begitu juga dengan aku.
Hahaha. Well, maybe i sort of ketinggalan zaman. But, who cares?

Aku guna title: ♥shelovesjason♥ *taktau nak letak apa lagi. hehehehehehe.

hey hey
CLICK HERE --------------> saya punya tumblr baru buat ni!
it is so grateful if you click it. you're awesome, babe! >,<

Sebenarnya benda alah ni dah lama lah jugak aku cipta. Hakcipta Terpelihara tau. Eleh. Tak lah lama sangat. Tak sampai dua minggu pun. Hahahaha. Tapi, tang nak adjust dia punya theme yang buat masalah. Serius. Fed up juga aku ni. Err... nak tengok antara gambar yang di muat-turun?

Sila-lah tengok kat bawah ni. Terima kasih (^0^)V








Oppsss... tiba-tiba ada gambar Jason pulak. Soriiiiii. Hehehehe.

Nah. Itu saja yang boleh aku upload sebab biasalah internet macam siput kan.
Anyways... credit to nisa and eiyka (tukang nakhoda) Sayang korang-lah!

p/s esok aku nak pergi skor A. gulpp..biaq betui sue?

Wednesday, April 20, 2011

Helo. Saya tak Busuk okay.

Assalamualaikum.

Hari ini hari rabu. Dan aku sekarang berada di bumi CFS Nilai yang kononya tercinta ni (okay, aku memang cinta pun) Pagi-pagi dah terdengar bebelan Dila kejut aku suruh pegi mandi. Okay.

Dalam kelas English dengan Madam Rokiah tiba-tiba dia mention, "Nilai is out of water" ...err lebih kurang macam tu laa. Out of water means TAKDE AIR UNTUK SEHARI SEHINGGA TENGAH HARI ESOKNYA.

Okay.
Fine. Eh? Apsal aku pasif sangat ni?
Takde air la bai! Engkau tahu apa maksudnya tu??
Maksudnya engkau akan jadik kambing sehari semalam! Sedap ke jadi kambing?
Entah. Tu pergi lah tanya kat kambing.

temubual bersama pasangan kambing...


aku: best ke jadi kambing wahai encik kambing?
kambing: huk aloh. best ah. takyah mandi. jimat air. jimat duit nak bayar bil air. betul tak, yang?
isteri kambing: betul3x (sambil malu-malu kambing)

Arggghhh.. fed up! Aku dah gila. Stop it!
Actually bukan aku tak pernah melalui situasi macam ni. Dah dua semester kot aku kat nilai ni. Setiap kali pun pernah ketandusan air. Paling lama takde air ialah 3 hari. Fuyooh! Memang terus jadi kambing lah pastu. Kembang kempis hidung aku terpaksa cium bau badan sendiri. Tu belum termasuk bau-bau kepada orang yang berbau. Hahaha. Pengalaman pertama memang cuak lah. Tak tau nak buat apa. Satu dorm pakat cabut pergi rumah member kat Putrajaya. Huahahaha. Adegan melarikan diri dengan muka tak mandi, bersesak-sesak dalam train, berpanas-panas menunggu bas. Euwwww. Bayangkan sekarang jugak! Aku tengok gambar masa tuh pun tak larat. Lepas tu, kali kedua takde air, muka steady je. Bajet hebat. Bila nak terbuang air besar mulalah buat muka terlebih excited. Menggelabah macam kucing hilang anak. Hambek ko!

Dan sekarang dah semester ketiga. Sehari jer takde air. Okay. Aku boleh bertahan. Kita kena kuat beb.

Bila dah takde air. Semua pun berubah sikap jadi penjimat air paling bertauliah di dunia.

Perkara pertama...kumpul baldi, isi air. Kumpul botol kosong, isi air. (kebanyakannya botol kosong tu aku yang punya. err..aku jenis yang malas nak buang botol air. hehehe. takpe ah. kalau takde orang macam aku kat mana lagi dorang nak tadah air melainkan botol kosong aku yang berjasa? ye tak?)

Dulu...tak kisah pun nak jimat ke ape. Relaks lah. Ada air separuh dalam baldi tu pun dicurahkannya ke lubang jamban. Ada lalat berenang dalam air kat baldi tu lah. Tak sihat untuk kesihatan kalo kita guna. Bahaya woo.
Sekarang...berpuluh ekor lalat tengah syok-syok berenang tapi dalam gayung kecik tu je pon...tetap nak guna jugak. Takpe, ni kes darurat. Terpaksa guna jugak. Nak jimat beb. *senyum ketat jer, derhaka punya lalat*

Dulu...nak gosok gigi, bukak pili besar-besar. Saja nak dengar bunyi air mencurah-curah. Padahal sibuk menggosok gigi depan cermin. Membelek-belek gigi yang tak berapa nak lawa tu.
Sekarang...bukak seconet je air yang boleh menitis keluar untuk basuh berus gigi sebelum mula menggosok. Nak kumur pun sekali je. Nak jimat beb.

Dulu...bila nak mandi siap hafal lirik grenade dulu untuk dinyanyikan dengan muka penuh confident kat dalam bilik mandi. Kalau boleh nak shuffle sekali dalam tu dengan air pancut yang mencurah-curah. Bajet air hujan la tuh. Lepas tu, bila lupa lirik boleh pulak orang sebelah tolong sambungkan. Berduet ker?
Sekarang...tak boleh mandi guna air pancut dah. Guna baldi je. Baldi da lah kecik comel lote. Nak save-kan untuk esok punya pulak tu. Mandi kerbau jer lah. Eh, jadi kerbau pulak ker? Nak jimat beb.

Dulu...kalau boleh baju kotor tu nak simpan seminggu baru basuh. Nak save pencuci kain. Kedekutnyer!!!
Sekarang...masing-masing berebut nak basuh kain jugak. Serabut otak nak memikrkannya. Air takde takkan laa baju-baju pun nak jadi kambing jugak? Nak jimat jugak ker? Huk aloh.

Dulu...sama jugak. Pinggan-pinggan kotor, cawan-cawan kotor kalau boleh nak tunggu setahun gamaknya baru nak basuh. Hey, behave girls!
Sekarang...kelam-kabut nak basuh. Dah tahu takde air, nak basuh jugak tu. Yang air menitik-nitik pun jadi lah eh. Nak jimat beb. Jimat kebendanye.

Dulu...suka sangat hah hah. Halakan mulut ke tangan, hembus nafas lepas tu hidu balik. Wangi? Suka suka suka.
Sekarang...tak payah nak hah hah. Tak gosok gigi. Boleh pengsan saya, tau tak?!

Dulu sekarang takde beza pun. Heh, siapa kata takde? Habaq mai sini...haisshh.
Tapi, kan best kalau dekat CFS Nilai ada tempat macam ni kat bawah mahallah. Sejuk mata memandang. Takyah risau pasal takde air dah...

Boleh terjun terus daripada atas nieh! Hoyeh hoyeh. Superwoman lah katakan.
\(^0^)/

p/s see? aku tak busuk kan? TAKKK LAHHHH!
p/s/s esok ada IGA. Test English. Sue-chan. You can do it! Gambateh ne.

Thursday, April 14, 2011

Serenade

*Tajuk entry yang takde kena-mengena dengan isi entry... Huhuhuhu!*

Assalamualaikum. Aku tau aku tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan ni tapi...

umpama sedang menggapai err... aku? hahaha












Jang Geun Suk

Sebaris nama yang kembali menghantui diriku. Arggghhhhhh!!! Ottoke2?

Alkisahnya begini...
Aku pergi la meng-usha tumblr sorang budak junior aku masa high school dulu.
Dia letak gambar-gambar Jang Geun Suk laaaaaaa.....!!!
Memang ter-sir-Tap lah!
I dont know why I was kind of... pffftttttt...
Whatever...

Tapi... Jason saya macam mana?











waaaa... tengok hari-hari pun tak jemu nieh

Err... Bole tak kita minat dua orang dalam satu masa?
Tapi aku takut lah kalau tak dapat berlaku adil... Hehehehe.
*gediks*

p/s pusing-pusing kepala pusing bila naik buaian pusing kat funfair td. oh fening!