Saturday, December 31, 2011

Kehebatan Penghujung 2011






Dupdap dupdap. Saat 2012 hampir tiba dengan meninggalkan 2011 dalam beberapa detik je lagi. Dan, usia aku juga akan mencecah 20an. No more belasan tahun, childish acts... zaman remaja aku yang kuno dah berlalu. Tiba masa untuk revolusi zaman moden dewasa. Haha.


Anyway, pengakhiran 2011 yang awesome dalam sejarah hidup aku bermula dengan kemunculan 2 ekor babi hutan. Yang betul punya. Serius awesome!  Haha. Selama 19 tahun aku hidup di dunia ni aku tak pernah terserempak secara live dengan makhluk comel tu. Dan peristiwa bersejarah tu menyebabkan aku dan member aku terbeku sekejap. That 'baby hutan' sedang enak menguyah rumput (aku rasa la)... tiba tiba terasa eh eh  ni baby hutan spesis kambing ke makan rumput segala? Well, maybe baby hutan dekat Uia Gombak memang macam tu kot. Oh My God! Dekat Uia oookaaayy. Haha, after that kita orang terus blah sebab aku takut makhluk tu tiba tiba menggila kejar kita orang pulak. Seram den!


Seram seram pun walaupun waktu tu siang buta, aku tetap rasa semacam. Adakah ini petanda?


Malam tu aku ada training Karate. And the good news is, Sensei Samurai pun ada laaahh! First time aku belajar under dia. Dia ajar teknik Kumite. Smart gila. Rasa nak tunjuk terer depan dia... tapi aku memang tak cool dalam Kumite...akhirnya aku hanya berjaya memalukan diri sendiri. Aiyoooo (> _ <)  
Then, after habis training, kita orang semua pergi minum dekat luar Uia. Borak borak borak dan borak sampai 2 pagi. Sensei Iman belanja makan. Hehe gamsahamnida sensei.


Another good news is, yang lagi daboom daripada kemunculan 2 ekor baby hutan (ceh bukan good news pun makhluk yang tu), ada 3 good news. Ullalaaaa.


Pertama, Mac 2012 ni, insyaAllah aku akan terbang ke Indonesia bersama seangkatan member karate. Kedua, Sensei Datuk Hatta akan jadi coach untuk kategori Kumite menggantikan Sensei Alex. Aku taktau kenapa itu good news bagi aku. Tapi Hajar cakap Sensei Hatta handsome gilaaa. So, aku consider itu sebagai good news haha. Dan yang ketiga yang buat jantung aku berlubang sebab kena panah berdas-das ialah kemungkinan besar September 2012 ni, sports untuk karate nak buat trip maybe ke Iran (mulut dah ternganga tak percaya), Vietnam, ataupun JEPUN (waktu ni badan aku dah beku takleh nak respon apa dah sebab excited sangat) & of course lah nak pergi Jepun kaaann? Bestnya bestnya bestnya bestnya.


Aku rasa macam dream comes true. Aku taktau macam nak expresikan rasa gembira aku waktu ni. Aku takkan cakap macam selalu aku cakap "The awesomeness or whatsoever" tapi!


Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah. Syukran.


Itu cerita tentang berita gembira penghujung 2011 dan aku ingat cerita tu tamat begitu sahaja. Tapi taakk! Aku bukan selalu online if aku stay dekat rumah. Okaay. Hari ni tiba-tiba nak online dan sedang aku syok-syok online, meng-skodeng orang sana-sini, tiba tiba member baik aku tag post kat Facebook.




First time aku baca, terus aku comment "Kau merepek ape joyah?" Tapi ramai gila yang comment after aku dengan ayat-ayat seperti "Waahh, bila sanding?", "Nak datang boleh?", "Tak sangka Aliah kawen dulu", "Tahniah"...and berlambak lambak lagi. Kening aku dah naik sebelah macam Ziana Zain. What the heck?  Terus aku bukak ym, chat dengan dia. Nak marah dia sebab main-main buat post macam tu. Dan alangkah terperanjatnya aku bahawa beliau bukan main-main. Gedebuk! Dalam banyak-banyak orang yang aku expect akan berkahwin, dia adalah orang terakhir dalam fikiran aku. Oh Aliah, kenapalah begitu dasyat berita yang kau kirimkan ni. Aliah yang comel, kelakar, suka buat bising, happy go lucky, tak matang, suka jerit macam budak kecik dah nak jadi bini orang? OMG!


Suhailah... Kau rasa cepat sangat ke?

Dia baik laa walaupun tak hensem.
Dia caring sangat.
Bila aku sedih mesti dia nak jumpa aku kat pj.
Tu la sebab aku rajin balik pj :)


Aku taktau nak respon apa Aliah. Sebagai kawan baik kau, sebagai seorang sahabat yang mengenali kau sejak Tingkatan 1, aku doakan yang terbaik untuk kau. Berusahalah untuk menjadi isteri yang solehah untuk bakal suami kau, isteri yang taat dan setia. ALL THE BEST. Andd sorry sebab maybe aku tak dapat datang majlis kau nanti. Waktu tu hari pendaftaran aku masuk untuk intake degree. 1/2/2012 mungkin aku tengah orientasi. Mungkin boleh jumpa before wedding kau tu. Tak sabar nak jumpa kau. Oh, aku still rasa macam tak percaya.


Mungkin inilah yang dinamakan kehebatan penghujung 2011. Ohh tidaaakkk.









Kadang-kadang rasa stress bila sana-sini orang berebut nak kahwin.
Adakah ini yang dinamakan revolusi zaman moden dewasa?
Entah apa lah yang akan jadi tahun tahun yang mendatang.
Tetiba rasa seram.










6 comments:

ZULHILMI TEMPOYAK said...

selamat tahun 2012.. :)

khainisa said...

suhey...nak pg indon? dgn sape?

AimiiiLove said...

happy new year babe!*erk,lmbt sket* T.T

Ansue said...

encik zulhimi: selamat tahun baru kepada anda jugak :D

Ansue said...

khainisa: pergi indon dengan budak karate. jyeeaaahh :D

Ansue said...

miss A: happy new year jugak :D:D