Aku
bukanlah nak bangga diri atau mendabik dada. Tapi dah keistimewaan
yang tak semua orang dapat tup tup aku pulak dapat. Jadi, haruslah
untuk aku bercerita di sini sambil tersengih manja haha. Peristiwa itu ialah yang terindah
laksana bulan dipagari bintang (
ayat nak sastera aje!). Okay, waktu tu dah malam, of course lah kalau
dah malam, aktiviti aku just baring golek sana-sini nak tunggu mata
lelap, takkanlah aku nak terpekik terlolong luar rumah macam tarzan
ataupun bakar mercun baling kat sesama member biar hangus rambut dia.
Takkanlah kaan? Tapi malam tu suasana macam terlebih meriah sedikit
berbanding malam-malam yang biasa. Terdetik hati aku seketika
cewaaaahh...apesal dengan jiran-jiran aku semua ni buang tebiat ke
apa? Hati kecil aku berkata sesuatu...tepat pukul 12 tengah malam ni
hari jadi aku. Takkanlah diorang semua ni nak celebrate birthday aku
kooottt. Takkanlah kaan? Kalau aku cerita kat member aku mesti dia
kata aku dah terkena sindrom PNM. Perasan Nak Mampos. Okay fine!
Maybe aku je yang terlebih fikir kot. So, dengan hati yang berdebar
aku menunggu dan terus menunggu detik ke arah pukul 12. Tapi aku
tetap merasakan bahawa malam itu luarbiasa peliknya. Hati aku
berdebar aneh seperti merasakan bahawa berjuta-juta manusia di Bumi
ini turut sama mengira detik demi detik untuk meraikan hari jadi aku.
Tapi takkanlah koot? Betul ke kata member aku tu? Sindrom PNM? Oh My
God! So, aku usir semua fikiran berunsur anasir jahat tu dan terus
pejam mata. Tutup mata, tutup fikiran tutup kepala dengan bantal.
Sekejap je lagi, Countdown 3,2,1 aku buka mata. Yeaayy Happy Birthday
To Me! Pon! Pon! It’s fireworks! Siapa? Siapa? Pasang bunga api
untuk meraikan hari jadi aku? Terharu gilerrrr. Then, on the spot,
aku dapat text dari member kamceng aku, Koyum.
“Happy
Birthday untuk kita! Haha. Hope kau berjaya dalam apa pun &
dengan Karate kau tu. Cari jodoh cepat-cepat. Terharu gila orang2 kat
sentosa ni sambut besday kita dgn bunga api kaan. Haha. Take care.
Nanti kita celebrate sama2”
Aku
tersenyum. See? Aku bukan ada Sindrom PNM. Ini adalah kenyataan. Kau
hade? Haha. So,
aku secara official-nya aku dah 20 tahun. Dah terkeluar dari
kumpulan belasan tahun. Dah bukan kanak-kanak dah hihi. Anyway, Happy
Chinese New Year jugak. Mana limau mandarin untuk akuuu??! Ohh
yaa. Tahun ni chinese new year jatuh pada tarikh yang sama dengan
hari jadi aku, 23rd January 2012. Bunga api segala bagai memanglah
diorang pasang untuk sambut chinese new year. Tapi aku saja nak
perasan diorang pasang untuk aku. Alaaa, sekali sekala apa salahnya.
It feels goooooddd. Jangan jealous kalau birthday kau orang takde
sape nak pasang bunga api. Mungkin belum tiba masanya lagi
hahahahahahaha.
Thanks
kepada anda yang wish Birthday-ku. It means a lot to me. Tak kisahlah
through phone or Facebook. Mereka-mereka yang wish saya, pertama
tentulah Hotlink (message mengatakan Selamat Hari Jadi. Anda dapat
call percuma Maxis to Maxis bla blaa.. haha) kedua my beloved mother;
dapat ferrero rocher sekotak sodaaapp..., then Koyum, Aiman, Cicie,
Shafel, Amirul, Ecahbee, Aisyah, Sensei Rijal, Razzkid, Qatrunnada,
Nurul, Shauqi, Iman, Aliah etc etc.. Then aku call abang-abang aku,
dah dapat call percuma kaan takde hal laah, haha mintak macam-macam
saja nak menggedik. Well, nak menggedik dengan siapa lagi kaan?
Takkanlah dengan bangla jual karpet koott.
Aku
pergi KLCC konon-konon nak celebrate birthday. Dengan Encik Macho
pulak tu. Macam menge-date pulak. Tak boleh blaaahhhh haha. Tengok
movie Underworld Awakening. Giler awesome cerita tu. Keluar dengan
beliau macam biasalah, kena tadah telinga dengar ceramah. Tapi okay
jugak. Terselit sikit pasal gosip. Aku memang suka kalau ada
gosip-gosip ni. Apa orang cakap, membina ketajaman fikiran? Haa,
lebih kurang macam tulah. Then, kita orang singgah Wangsa Walk.
Pekena brownies dekat TGI Friday. First time aku pergi situ. Agak
jakun jugaklah hihihi. Makan brownies siap ada lilin. Bila tiup lilin
aku rasa macam kembali ke zaman kanak kanak pulak. Dah lama tak tiup
lilin cake. Tacing siot! Sampai rumah aku terus buka and baca card
birthday yang dia bagi. Nak baca depan dia takut pulak air mata ni
meleleh hahaha. Ada dua ayat yang aku rasa sangat bermakna dan tak
mungkin aku lupa:
"Jangan
takut pada kehidupan. Challenge life, it will make you a greater
person"
And
ayat yang di-highlight-kan:
"I will
always remember the girl from rawang that became my precious student"
Awwwwww...
so tacing sangat sangat sangat!
p/s
Aiyooo. Tak sangka aku dah besar.
Dulu
masa kecik-kecik aku selalu rasa umur 20 tahun tu dah besar gila.
Tapi
sekarang bila aku dok tengok diri sendiri, macam sama je.
Rasa
macam still kanak-kanak. Tak matured.
4 comments:
sape Encik Macho ko hah? senyap2 jek... ni yang KAKAK marah ni.
Belakang kad
khainisa: encik macho aka 'macho'. hahahahaha
anonymous: LALALALALA.. I CANT HEAR YOU!
Post a Comment