Wednesday, July 4, 2012

S.U.K.M.A






'Show Malaysia who you really are and make me proud ok Yuuki-chan :3  -sr-

'All the best team kata  :) :)'  -q-

'Semuga berjaya'  -abah-

'Go girl Go u can make it girl'  -mknyh-

'Hope u all perform well amin'  -si-



Ok.. Where do I have to start?

Hmm.. Hari terakhir kat camp kita orang dapat sepersalinan lengkap baju kontinjen Perak.. Semua warna kuning yang shiny shiny tu.. Beli tiket ets terus balik Gombak.. Esok tu buat last shot before the real performance depan semua orang.. Semua orang itu ialah orang orang yang tengah makan ayam barbeque.. Then Jumaat pagi tu melilau cari tol jalan duta tunggu situ before menerjah ke Pahang.. Punya lah lama berjam jam tunggu sampai matahari terpacak kat kepala bas tak muncul-muncul.. Hayoohh.. Kesian tukang driver sanggup tunggu sama kui kui kui.. Okay hampir 130 macam tu baru bas sampai nasib baik bas dia mewah terus hati rasa sejuk ceh.. Dalam bas tengok cerita Merong Mahawangsa.. Sampai Gambang terus check in gedebush dinner gedebush teruuusss tidur.. Hostel dia sunyi.. Takut punya pasal semua pergi toilet beramai-ramai.. Ain kata toilet dia berhantu.. Tak tau lah tapi bila tengok pun memang macam suram je.. Malam tu Aisyah kena hempap oleh something, terus dia panjat naik katil tidoq kat sebelah aku huhu.. Seram kan?


Hari Sabtu.
Bangun pagi breakfast, berkumpul, tengok venue nak test tatami.. Aku rasa kosong.. Kosong oh kosong.. Hampir semua kontinjen dah tiba.. Bila tengok team Penang tiba tiba rasa waaahhhh.. Admire sangat-sangat.. Bila tengok seorang awek ni dari team Johor pun rasa waaaahhh hebatnyaa diaaa.. Tak sedar yang mereka itulah bakal jadi opponent sendiri..


Hari Ahad.
Sukan Malaysia bermula.. Event pertama Individual Kata Wanita.. Ain lawan dengan Sabah.. Superimpei versus Jion 3-2.. Hebat budak tu.. Lepas tu, 3 orang budak Uia datang bagi support.. Fuyooh travel dari Gombak dengan gembira sebab ada orang tu dapat tibai 2 gold tournament kat Kedah chooohh.. Team Perak ada dua orang tak dapat masuk event kumite sebab seorang under-weight seorang lagi pulak over-weight.. Hmm


Hari Isnin
Yep It's finally here.. Training dari dulu dulu dulu.. Memang untuk dibuktikan berjayakah training tu.. Event Team Kata female.. First round dengan Johor.. Setiap seorang ada speed, fixation, power, expression.. While all of us? The result 5-0 truly truly answered everything.. Nipaipo versus Heiku.. Dia orang buat Nipaipo in a way yang buat aku rasa kagum.. Sangat sangat cantik.. Tewas tak buat aku rasa sedih.. Cuma aku rasa simpati sebab team Perak takde seorang pun dapat emas or even silver.. Aku tau manager, master, pengarah semua rasa kecewa but they didn't show it.. Instead, they said 'tak apa jangan sedih kamu semua dah buat yang terbaik'.. Kalau takde orang kat situ, dah lama air mata ni menitik.. deras


Abah call. Tanya macam mana. Aku cakaplah kalah. Gelak gelak.
Terus abah cakap,
'Macam mana boleh kalah. Ada cukup training tak?'


Tersengih sekejap. Hor. Orang tak cukup training.


Perasaan aku sekarang?
Macam pelangi. Aku dapat apa yang aku cari selama ni kat sukma. Dan aku gembira yang aku dah sedar. Sedar buat aku fokus. Fokus buat aku yakin. Yakin buat aku berjaya. Berjaya buat aku gembira. And it rotates all the way :)


p/s team kata lelaki dapat bronze. ada sedikit jeles. tapi aku gembira untuk korang teehee













2 comments:

khainisa said...

proud with you Melati!!!! ;))

Ansue said...

Aww tenkiu kakak!