Tahun 1998.
Felda Gunung Besout, Sungkai. Bendera dipacakkan dan dikibarkan di merata tempat. Meriah. Abah kata, kita kena perjuangkan Islam. Aku masih kecil. Tidak tahu apa itu politik. Yang aku tahu, bila dah besar wajib pergi undi. Pangkah bulan. Aku tak tahu kenapa abah tak pilih dacing. Mungkin kerana warna favourite abah yelah hijau?
Tahun 2013.
15 tahun dah berlalu. Pemikiran sedari kecil menyebelahi pihak itu menyebabkan aku lebih ke arah 'itu'. Tapi sebagai manusia, perlu berfikir. Perlu ada sikap ingin tahu. Dari situ kita akan mula bertanya. Aku masih tidak pandai tentang hal politik. Itu bukan bidang aku. Aku cuma pandai memerhati. Tengok dan fikir.
Kerajaan dan parti adalah dua entiti yang berbeza. Yang aku tau, tugas kerajaan bela rakyat. Bukan sebuah syarikat yang mengaut keuntungan semata-mata. Dan aku tak paham kenapa ada orang pertikaikan "kutuk bn tapi BR1M still ambil". Helo, duit tu duit kerajaan, datang dari rakyat jugak. Sebab tu kena paham konsep apa itu kerajaan dan apa itu parti. Aku bukan nak prejudis, tapi... hmm
Aku belum boleh mengundi walaupun officially aku dah 21 tahun. Aku tak sokong pr mahupun bn. Aku sokong mereka yang perjuangkan islam. Kecoh di fb bila ada orang sebarkan twit norman kru tentang tak relevannya kalau kerajaan jatuh ke tangan pas, nanti industri perfileman akan terkubur. Aku taktau samada betul atau tidak twit tu. Tapi..hmm ada akal, boleh fikir kan? Perangai macam budak tak sunat pun ada aihh.
Nurul Izzah Anwar.
Sebaris nama yang cukup menggetarkan hati aku. Pertama kali aku tengok dia secara tak sengaja di youtube. Suara lantang, penuh yakin. Seorang perempuan melayu bertudung yang kelihatan sangat berani mengeluarkan hujahnya. Aku tak nafikan yang aku mungkin dah jatuh cinta. Orang kata don't judge the book by its cover. Tak semestinya dalam pun baik ye dak? Well hell yeah. Untuk case ni memang aku suka judge the book by its cover. N.I.A sekarang dah jadi idola aku. Sebab apa? Sebab dia perempuan dan aku pun perempuan. We are connected. [taken from ironman catchphrase lol]
Barisan Nasional menang lagi. Semoga untuk 5 tahun ini Malaysia semakin ke hadapan. Tadbirlah dengan saksama, jujur, ikhlas kerana rakyat. Insya Allah diberkati. Amin.
Interesting bila tiba-tiba blackout masa pengiraan undian. ops *nothing to do here*
No comments:
Post a Comment