Tuesday, May 28, 2013

Sunway Lagoon Big Promo 20






Ohai. Nak cerita something best hehe. So me and mey plan nak pergi Sunway Lagoon. It was loongg planned that we had, but plan yang macam hangat-hangat tehi ayem je. So kali ni bebetul nak pergi. Then aku ajak lah shapa and adi, because the more the merrier kan. Next day, mey cakap sunway lagoon ada promotion RM20 dan dia suruh aku search kat syeikh google. Bila aku tengok, sah! Sahih ada promotion RM20 SAHAJA! Apa lagi, berjimba lah!


Aku tersenyum lebar bila tengok promotion tu untuk first 1000 ppl. Tapi dalam hati macam berdebar lah jugak, sebab harga murah kot, mesti ramai dok berebut. Aku pun mulakan penyiasatan ke blog blog orang lain yang pernah pergi. Learn based on experience lah katakan. Blogger blogger ni kata counter bukak pukul 12 tengah malam peehhh kena beratur ke? Peeehhhhh. So this is my plan (terima kasih kepada blog yang aku terjah itu so kita orang lebih bersedia gitu)


19 Mei 2013


Me, shapa, mey, adi. Bertolak dari uia gombak pukul 6 petang. Zroom zroom naik kereta sampai sunway pukul 7 gitu terus sembahyang maghrib. Memang dah plan nak solat kat sunway, senang sikit. Then around 8pm, terus pergi beratur. Peehh baru pukul 8, aku dah jadi orang yang ke-275. Ok diam. Ambil surat khabar yang aku bawak dari uia, jadikan alas duduk (ok nerd -.- ) Lepas tu terdengar this guy bawak sebeban mykad try nak masuk, katanya nak tolong belikan untuk sanak saudaranya and he said, they are coming but late. No no la sir. Fyi, orang yang nak beli tu kena ada sekali dengan mykad, tak boleh orang lain belikan ye.


Waktu tu memang bosan tahap hape dah lah. Dok makan biskut chipsmore dengan main game UNO kat handphone. Around 930pm gitu counter dah bukak, yay! Aku expect dalam 10-11pm gitu baru buka. Lucky me, boleh balik uia awal hehe.


Done, tunggu next day pulak :)


20 Mei 2013 (Hari yang ditunggu-tunggu)


Aku ada test 2 Financial Management pagi tu. Test senang tapi tak cukup masa huhu. Habis pukul 10am. Terus transform bertukar daripada jubah ke seluar track. Berlari ke kereta dia orang dah tunggu kat luar Kulliyyah Economics. Dong dang dong dang dah sampai yay.















Excited terus masuk berlari mencari Extreme Park. All Terrain Vehicle (ATV) BEST! Aku naik fuwah fuwah hati gumbira. Archery traget shooting pun best jugaklah. First time aku ber-archery. Sakit tangan. Then terus ke Adventure Park. Aku macam excited nak naik Pirate's Revenge sebab dulu pergi dia tengah baik pulih. Tapi hampa. Yes, aku menjerit bila naik. Tapi bukan jerit sebab takut or gayat, tapi jerit sebab sakit. Penahan dia ketat sangat.Tak bernafas. Sumpah sakit. Then naik Grand Canyon River Rapids best best.








Menatang cawan oren besar tu bagi aku yang paling super best ah. Vuvuzela. Hihiks. Siapa yang pergi Sunway Lagoon tapi tak naik vuvuzela, memang rugiiii aaahhh. June ni rasa nak pergi lagi ah big promo 20 ni. Ada siapa nak join? :)


Overall, tak rugi. Berbaloi superb. Murah dan dapat naik semua walaupun tak semua sebab tak cukup masa. Who's care? Rm20 je kot hee. Scream Park tak masuk. Tak teringin. Ah by the way, kita orang terserempak dengan junior karate enjoy kat sunway lagoon jugak. Ehemm berdua je tu hihi.


Ok itu je. Adios.







No comments: