Saturday, August 17, 2013
Cold
Hentakan kuat.
Aku tak pasti adakah itu penyebabnya. Mungkin. Aku harap jawapan tu betul.
Aku jadi stress. Benda kecil je pun. Tapi rasa nak marah. Marah yang gila. Nak jerit kuat-kuat. Tapi tak boleh. Tak boleh nak jerit kat sini.
Marah yang menggila. Aku tanak jadi macam tu dah. Aku tanak marah orang. Atleast, marahkan diri sendiri. Salah sendiri. Ingat Allah banyak-banyak. Kau akan jadi waras sikit.
--
Aku taktau nak mengadu kat siapa. Kat Allah, tentu. Tapi nak ada kawan. Kawan yang kau takkan rasa malu nak cerita apa je. But I dont find any. Not yet. Mungkin blog ni jadi 'kawan' itu? 'Kawan' yang boleh mendengar tapi takkan respon apa-apa. Cuma setia untuk mendengar.
Mungkin stress belajar tak habis lagi. Mungkin aku nak jadi dewasa. Tekanan makin banyak. Mungkin.
Ingat Allah. Allah. Allah. Dia ada. Nangis kat dia. Kau akan rasa lega. Peringatan untuk diri sendiri.
Tuesday, May 28, 2013
IIUM Sports Award 2012
Hati berdebar ambil trophy besar gabak :*
It was the greatest night ever. Dinner free, bag free. Almost all of us (Karate team Sukipt) went to the event. It was my first time to attend this event and I have the right to feel touch, walawehhh tak sangka dapat award. I was expecting to get Half Color Award only but then turned out... err
Tamak haa semua nak rembat
Half Color Award, Best Team Women AND Most Promising Sportswoman Award *wink wink*
Bertambah semangat nak training hard untuk Masum 2013 kali ni. Uia gombak jadi host untuk Masum ni. Double semangat yay. Aku join Individu Kata insya allah kalau terpilih, will do my very besttt!!
p/s now tengah exam week. pray for me :)
Sunway Lagoon Big Promo 20
Ohai. Nak cerita something best hehe. So me and mey plan nak pergi Sunway Lagoon. It was loongg planned that we had, but plan yang macam hangat-hangat tehi ayem je. So kali ni bebetul nak pergi. Then aku ajak lah shapa and adi, because the more the merrier kan. Next day, mey cakap sunway lagoon ada promotion RM20 dan dia suruh aku search kat syeikh google. Bila aku tengok, sah! Sahih ada promotion RM20 SAHAJA! Apa lagi, berjimba lah!
Aku tersenyum lebar bila tengok promotion tu untuk first 1000 ppl. Tapi dalam hati macam berdebar lah jugak, sebab harga murah kot, mesti ramai dok berebut. Aku pun mulakan penyiasatan ke blog blog orang lain yang pernah pergi. Learn based on experience lah katakan. Blogger blogger ni kata counter bukak pukul 12 tengah malam peehhh kena beratur ke? Peeehhhhh. So this is my plan (terima kasih kepada blog yang aku terjah itu so kita orang lebih bersedia gitu)
19 Mei 2013
Me, shapa, mey, adi. Bertolak dari uia gombak pukul 6 petang. Zroom zroom naik kereta sampai sunway pukul 7 gitu terus sembahyang maghrib. Memang dah plan nak solat kat sunway, senang sikit. Then around 8pm, terus pergi beratur. Peehh baru pukul 8, aku dah jadi orang yang ke-275. Ok diam. Ambil surat khabar yang aku bawak dari uia, jadikan alas duduk (ok nerd -.- ) Lepas tu terdengar this guy bawak sebeban mykad try nak masuk, katanya nak tolong belikan untuk sanak saudaranya and he said, they are coming but late. No no la sir. Fyi, orang yang nak beli tu kena ada sekali dengan mykad, tak boleh orang lain belikan ye.
Waktu tu memang bosan tahap hape dah lah. Dok makan biskut chipsmore dengan main game UNO kat handphone. Around 930pm gitu counter dah bukak, yay! Aku expect dalam 10-11pm gitu baru buka. Lucky me, boleh balik uia awal hehe.
Done, tunggu next day pulak :)
20 Mei 2013 (Hari yang ditunggu-tunggu)
Aku ada test 2 Financial Management pagi tu. Test senang tapi tak cukup masa huhu. Habis pukul 10am. Terus transform bertukar daripada jubah ke seluar track. Berlari ke kereta dia orang dah tunggu kat luar Kulliyyah Economics. Dong dang dong dang dah sampai yay.
Excited terus masuk berlari mencari Extreme Park. All Terrain Vehicle (ATV) BEST! Aku naik fuwah fuwah hati gumbira. Archery traget shooting pun best jugaklah. First time aku ber-archery. Sakit tangan. Then terus ke Adventure Park. Aku macam excited nak naik Pirate's Revenge sebab dulu pergi dia tengah baik pulih. Tapi hampa. Yes, aku menjerit bila naik. Tapi bukan jerit sebab takut or gayat, tapi jerit sebab sakit. Penahan dia ketat sangat.Tak bernafas. Sumpah sakit. Then naik Grand Canyon River Rapids best best.
Menatang cawan oren besar tu bagi aku yang paling super best ah. Vuvuzela. Hihiks. Siapa yang pergi Sunway Lagoon tapi tak naik vuvuzela, memang rugiiii aaahhh. June ni rasa nak pergi lagi ah big promo 20 ni. Ada siapa nak join? :)
Overall, tak rugi. Berbaloi superb. Murah dan dapat naik semua walaupun tak semua sebab tak cukup masa. Who's care? Rm20 je kot hee. Scream Park tak masuk. Tak teringin. Ah by the way, kita orang terserempak dengan junior karate enjoy kat sunway lagoon jugak. Ehemm berdua je tu hihi.
Ok itu je. Adios.
Monday, May 6, 2013
Blackout
Tahun 1998.
Felda Gunung Besout, Sungkai. Bendera dipacakkan dan dikibarkan di merata tempat. Meriah. Abah kata, kita kena perjuangkan Islam. Aku masih kecil. Tidak tahu apa itu politik. Yang aku tahu, bila dah besar wajib pergi undi. Pangkah bulan. Aku tak tahu kenapa abah tak pilih dacing. Mungkin kerana warna favourite abah yelah hijau?
Tahun 2013.
15 tahun dah berlalu. Pemikiran sedari kecil menyebelahi pihak itu menyebabkan aku lebih ke arah 'itu'. Tapi sebagai manusia, perlu berfikir. Perlu ada sikap ingin tahu. Dari situ kita akan mula bertanya. Aku masih tidak pandai tentang hal politik. Itu bukan bidang aku. Aku cuma pandai memerhati. Tengok dan fikir.
Kerajaan dan parti adalah dua entiti yang berbeza. Yang aku tau, tugas kerajaan bela rakyat. Bukan sebuah syarikat yang mengaut keuntungan semata-mata. Dan aku tak paham kenapa ada orang pertikaikan "kutuk bn tapi BR1M still ambil". Helo, duit tu duit kerajaan, datang dari rakyat jugak. Sebab tu kena paham konsep apa itu kerajaan dan apa itu parti. Aku bukan nak prejudis, tapi... hmm
Aku belum boleh mengundi walaupun officially aku dah 21 tahun. Aku tak sokong pr mahupun bn. Aku sokong mereka yang perjuangkan islam. Kecoh di fb bila ada orang sebarkan twit norman kru tentang tak relevannya kalau kerajaan jatuh ke tangan pas, nanti industri perfileman akan terkubur. Aku taktau samada betul atau tidak twit tu. Tapi..hmm ada akal, boleh fikir kan? Perangai macam budak tak sunat pun ada aihh.
Nurul Izzah Anwar.
Sebaris nama yang cukup menggetarkan hati aku. Pertama kali aku tengok dia secara tak sengaja di youtube. Suara lantang, penuh yakin. Seorang perempuan melayu bertudung yang kelihatan sangat berani mengeluarkan hujahnya. Aku tak nafikan yang aku mungkin dah jatuh cinta. Orang kata don't judge the book by its cover. Tak semestinya dalam pun baik ye dak? Well hell yeah. Untuk case ni memang aku suka judge the book by its cover. N.I.A sekarang dah jadi idola aku. Sebab apa? Sebab dia perempuan dan aku pun perempuan. We are connected. [taken from ironman catchphrase lol]
Barisan Nasional menang lagi. Semoga untuk 5 tahun ini Malaysia semakin ke hadapan. Tadbirlah dengan saksama, jujur, ikhlas kerana rakyat. Insya Allah diberkati. Amin.
Interesting bila tiba-tiba blackout masa pengiraan undian. ops *nothing to do here*
Subscribe to:
Posts (Atom)











