Monday, January 21, 2013

Trip to Singapore #Day 3
































Oh third day already ah? Hee it was so much fun we had, the people, the environment, the laughter, I wish I could come back here next time around. Seriously best sangat! We went to Bugis area, shopping sikit, snap snap gambar, and met family from Germany. Oh my gosh, their kids are so cute, pipi tembam merah and malu-malu *geram geram*


Ah before that, Nisa belanja otak-otak kampung, the only one yang best kat Singapore. Aku tak suka sangat otak-otak, tapi yang ni punya memang sedap rasa ikan yang yummy. Ah couldn't say more, Singapore BEST. Million thanks to Khairunnisa Abdul Hamid and family for letting us to stay and treat us waaa and of course to kakak kita hehehe terima kasih sebab pelawa ikut pergi singapore kalau tak memang tak merasa ah semua nikmat ni. Alhamdulillah terima kasih kerana rezeki Allah ini.


Next destination? Japan, maybe?
*cough* dalam mimpi *cough*


See ya! :)











Saturday, January 19, 2013

Trip to Singapore #Day 2













































Aaaa comelnya si cute tuuu


























Hola. Dah ada kat singapore kalau tak pergi USS memang cari pasal ah hehe. Bestnya dapat pergi Universal Studio Singapore! Macam-macam permainan ada gituuu. Rollercoster merah and biru memang buat jantung aku bergetar tapi still best macam nak naik lagi tapi nisak dah takmo naik (dia takut puas aku pujuk kekeke), Transformers 3D memang gempak ah (kita orang dapat naik 3 kali), rollercoster revenge of the mummy pun best best. Then dapat tengok movie Shrek 3D waa best kat Malaysia tak pernah dapat tengok heee. Argghh macam-macam nak cerita tapi taktau nak cerita macam mana hehehe. Better you guys pergi jugak lah. Berbaloi baloi. Serius. Tak tipu.


Tangkap gambar situ tangkap gambar sini tuptup bateri camera habis. Tak sempat nak bergambar dengan maskot elmo. Hahaha tiba-tiba aku ternampak classmate kita orang, Jia Zaide (brother from China bak kata sir dalam kelas fiqh), dia pegang ipad heuheuheu terus kita orang tanpa rasa malu pastu mengada-ngada minta dia tolong tangkap gambar kita orang dengan elmo merah kahkahkah. Nisak malu-malu kucing sebab ada Jaber jugak >.<


Dalam shop madagascar, ada patung madagascar yg kecil comel tu tak ingat nama dia, nak beli tapi macam mahal tak cukup fulus huhuhu. Kalau dapat pergi lagi USS nanti aku nak beli patung tu, no matter what bebeh.











Trip to Singapore #Day 1























































Assalamualaikum. Haa betul ah tu aku pergi singapore. Macam tak percaya pun ada. Aku dah besar dah boleh pergi jejalan kat negara orang hehe. Bertolak dari KL Sentral pukul 11pm dan sampai ke Woodlands Checkpoint pukul 630am. Oh Singapura, semua best, orang-orang dia teratur, terancang, kau takkan dapat tengok dia orang terpekik-pekik maki orang, berebut naik bas or train macam kat Malaysia, naik elevator pun semua akan ke kiri dan bagi laluan untuk yang nak cepat, dan yang pasti semua dengan smartphone. Sepanjang 3 hari aku kat Singapore takde seorang pun handphone yang cikai-cikai. Semua touch-screen smartphone woo. Yang tak best tentang Singapore just susah nak cari surau dan food yang halal huhuhu. Ah kawan aku cakap, everyday ada je orang islam singapore nak convert ke agama lain. Scary kan?


Hari pertama kita orang pergi Marina Bay sand. Masuk Cloud Forest, Supertree Groove naik jalan kat skyway (nisak gayat hihi).. orang in-charge kat gardens by the bay tu pasang lagu dan lampu shining shining aaahh cantik sangat. Then makan kat Chicken Texas, the only halal food kat kawasan tu, yummy sedaap! Waktu nak balik tu jalan ah kat mall tiba tiba nampak ada ramai orang berkumpul depan tasik macam tengah tunggu something. Kita orang pun okk jom lepak jap. Rupanya ada musical water fountain!! Ya Allah bertuah gila. Ada bubble bubble banyak cantik best nak nangis gembira pun ada (ok itu macam over sangat haha)


Tunggu untuk entri seterusnya. Next destination: USS!










Monday, January 7, 2013

Bed Room Sentuary - Lagu


Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu
Sayangku fikiranku hanya dipenuhi dengan senyumanmu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu


Hari ku harus dipenuhi dengan kemanjaanmu
Cintaku fikirankan hanya dipenuhi dengan suaramu
Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu


Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku
Sayangku berikanku hanya satu hanya satu lagu





--
Seriously.. Suka lagu ni dah :)