Tuesday, July 24, 2012

--> Untitled #4



To hell with certain things. They're rising from a dark heart. To you my dear. It's gonna be true hard. Being weak doesn't mean you're not strong enough. It's just a matter of something that we can't described it precisely. I am weak. I pretend not to. Lose hope. Lose my mind. Is it happen to you too?



Dear friend,
Let's hope it wouldn't get worst. In another word. Gone case.



p/s i am upset. to hear that. it sounds like u really reaally didn't want to see me alive. did u?










Sunday, July 22, 2012

Ramadhan













Ohai. Salam Ramadhan kepada semua. First puasa aku balik rumah dengan tekad nak makan best-best. Memang best pun. Ikan bakar dengan udang masak tempoyak. Tiga kali tambah nasi, awesome! Ramadhan kali ni insyaallah semua orang nak yang baik-baik, kan. Aku pun sama. Macam dia cakap, "Jauh apa yang tak patut, dekat apa yang perlu". Okay, since budaks al-amin tak ramai yang datang training sabtu hari tu, so after raya baru kelas karate mula balik. Semua budaks yang datang waktu tu cakap Alaaa.. Serius aku cakap budaks, korang rajin bebenor waktu puasa nak training eh. Gila cekal haha. Sabtu tu first time aku lead kihon. Gugup sikit jugak lah hihi. Sensei kata aku tak payah lah join contest free heavy Gi tu. Dia kata bagi chance kat orang lain. Hmm I guess so.


Sekarang baru hari kedua puasa. Still ada 28 hari lagi. Aku bukak fesbuk kan kan, nak je tangan ni gatai mulakan conversation dengan dia. Haa gituu. Behave sue! Sabar tu kan separuh daripada iman :)


p/s I miss you. Ice-cream vanilla melted with hot chocolate. It's gonna be worthy!









Monday, July 9, 2012

7th July



A day before tu ada dojo training and dia punya hardcore ialah 1000 punches. Bila dengar rasa macam gila lah boleh buat ke? Tapi bila dah ikhlaskan hati tiba tiba rasa seronok buat benda tu.


Hari Sabtu. Yep.
Pergi dojo Al-Amin. Ajar dia orang Dai Ichi Dosa step no 9. Then buat Sepai depan dia orang semua. Waktu buat pun dah tau oh tuhan teruk gila aku punya Sepai. Petang tu terus terbang pergi Sunway. Aku tak sangka weh nak masuk Sunway Lagoon dia punya tag sekarang berupa jam tangan. Gila advanced! Hmm hujan so waktu tu sempat main 4 permainan je. Then masuk Wildlife park tengok binatang. Comeeell sangaaaattttttt! Hahaha. Then kita orang dinner kat Shogun Japanese buffet. Best! Kat situ kena lecture panjang lebar.. sampai ke konklusi yang oh my god.. should I have to do that thing sensei?! Are youuu kiddinggg meeee? And there you go. Dia serius. Malam tu aku rasa macam nak meletup. Rasa macam kura-kura nak menyorok kepala dia dalam cengkerang sebab malu sangat. Rasa macam damn seumur hidup aku tak pernah buat kerja macam ni. Bak kata sensei, inilah masanya! Sambil gelak jahat. Cis.


Muka dia merah. Mata dia merah. And aku tau dia marah. Dia minta aku explain. Silly me. Aku tak cakap. Semua ayat yang aku nak cakap tak terkeluar. Macam tersekat. End up, aku just taip kat fon dan bagi dia baca. Macam hampeh kan? Baru aku tau susahnya nak buat confession secara depan-depan. Believe me.. Rasa macam dada kau nak meletup. Tak tipu.


Aku tak pasti if apa yang aku buat ni memang benda yang patut aku buat. Bila aku pandang muka dia aku teringat balik interview waktu assessment karateworks dulu. Soalan sensei Najwa. U have a boyfriend? No. So, apa ciri-ciri lelaki idaman? Hmm tak tau, yang pasti bukan karateka. Opss.


Apa dah jadi dengan statement tu sekarang? Well, dulu dan sekarang lain :)









p/s esok tu pergi pesta bunga kat Putrajaya. And aku beli 3 kuntum bunga ros merah. Euww so childish. Tapi aku beli bukan untuk diri aku tau. Ehem.











Wednesday, July 4, 2012

S.U.K.M.A






'Show Malaysia who you really are and make me proud ok Yuuki-chan :3  -sr-

'All the best team kata  :) :)'  -q-

'Semuga berjaya'  -abah-

'Go girl Go u can make it girl'  -mknyh-

'Hope u all perform well amin'  -si-



Ok.. Where do I have to start?

Hmm.. Hari terakhir kat camp kita orang dapat sepersalinan lengkap baju kontinjen Perak.. Semua warna kuning yang shiny shiny tu.. Beli tiket ets terus balik Gombak.. Esok tu buat last shot before the real performance depan semua orang.. Semua orang itu ialah orang orang yang tengah makan ayam barbeque.. Then Jumaat pagi tu melilau cari tol jalan duta tunggu situ before menerjah ke Pahang.. Punya lah lama berjam jam tunggu sampai matahari terpacak kat kepala bas tak muncul-muncul.. Hayoohh.. Kesian tukang driver sanggup tunggu sama kui kui kui.. Okay hampir 130 macam tu baru bas sampai nasib baik bas dia mewah terus hati rasa sejuk ceh.. Dalam bas tengok cerita Merong Mahawangsa.. Sampai Gambang terus check in gedebush dinner gedebush teruuusss tidur.. Hostel dia sunyi.. Takut punya pasal semua pergi toilet beramai-ramai.. Ain kata toilet dia berhantu.. Tak tau lah tapi bila tengok pun memang macam suram je.. Malam tu Aisyah kena hempap oleh something, terus dia panjat naik katil tidoq kat sebelah aku huhu.. Seram kan?


Hari Sabtu.
Bangun pagi breakfast, berkumpul, tengok venue nak test tatami.. Aku rasa kosong.. Kosong oh kosong.. Hampir semua kontinjen dah tiba.. Bila tengok team Penang tiba tiba rasa waaahhhh.. Admire sangat-sangat.. Bila tengok seorang awek ni dari team Johor pun rasa waaaahhh hebatnyaa diaaa.. Tak sedar yang mereka itulah bakal jadi opponent sendiri..


Hari Ahad.
Sukan Malaysia bermula.. Event pertama Individual Kata Wanita.. Ain lawan dengan Sabah.. Superimpei versus Jion 3-2.. Hebat budak tu.. Lepas tu, 3 orang budak Uia datang bagi support.. Fuyooh travel dari Gombak dengan gembira sebab ada orang tu dapat tibai 2 gold tournament kat Kedah chooohh.. Team Perak ada dua orang tak dapat masuk event kumite sebab seorang under-weight seorang lagi pulak over-weight.. Hmm


Hari Isnin
Yep It's finally here.. Training dari dulu dulu dulu.. Memang untuk dibuktikan berjayakah training tu.. Event Team Kata female.. First round dengan Johor.. Setiap seorang ada speed, fixation, power, expression.. While all of us? The result 5-0 truly truly answered everything.. Nipaipo versus Heiku.. Dia orang buat Nipaipo in a way yang buat aku rasa kagum.. Sangat sangat cantik.. Tewas tak buat aku rasa sedih.. Cuma aku rasa simpati sebab team Perak takde seorang pun dapat emas or even silver.. Aku tau manager, master, pengarah semua rasa kecewa but they didn't show it.. Instead, they said 'tak apa jangan sedih kamu semua dah buat yang terbaik'.. Kalau takde orang kat situ, dah lama air mata ni menitik.. deras


Abah call. Tanya macam mana. Aku cakaplah kalah. Gelak gelak.
Terus abah cakap,
'Macam mana boleh kalah. Ada cukup training tak?'


Tersengih sekejap. Hor. Orang tak cukup training.


Perasaan aku sekarang?
Macam pelangi. Aku dapat apa yang aku cari selama ni kat sukma. Dan aku gembira yang aku dah sedar. Sedar buat aku fokus. Fokus buat aku yakin. Yakin buat aku berjaya. Berjaya buat aku gembira. And it rotates all the way :)


p/s team kata lelaki dapat bronze. ada sedikit jeles. tapi aku gembira untuk korang teehee