Friday, August 29, 2014

Praktikal: The Amanie


Nak cerita tentang praktikal aku.


Lagi seminggu je lagi nak habis dah. Sekejapnya masa berlalu. Dulu punyalah macam nak gila cari tempat praktikal. Berjuta surat, email aku hantar, semua company tak respon haha. So untuk semua, aku bermurah hati nak bagi tips macam mana korang nak senang dapat tempat praktikal tanpa perlu bersusah hati.


Tips yang pertama dan satu-satunya tips yang ada: Lepas hantar application korang tu, dalam masa 3 ke 4 hari masa bekerja terus contact company tu tanya tentang status application korang tu. Then kalau tak dapat, proceed la ke company lain pulak.


Masa zaman hingusan aku cari tempat praktikal dulu, silap aku ialah aku tak call company tu after hantar resume aku. Lagi 3 minggu praktikal nak start baru aku tau ghupanya memang kena call company tu after kita hantar resume kita tu. Sebab, kemungkinan company tu tak bukak email or surat yang kita hantar tu pun. Haihh nasiblah badan. Lepas aku tau, terus aku contact company tu, certain company jelah sebab aku dah lupa company apa yang aku approach haha. Then baru dia orang respon, ada yang cakap dah penuh la, ada yang missing in action and paling tak tahan kebanyakan company yang aku approach tu ghuper nya tak ambik pun intern kat company dia orang. Punyalah aku tunggu macam bulan jatuh ke riba tengok2 bulan pun takde camne nak jatuh?


Sedih, rasa nak tumbuk diri sendiri pun ada waktu tu. Anyway, company yang aku tengah praktikal sekarang ni namanya Amanie Global Technology Sdn Bhd. Mesti tak pernah dengar, kan? Aku pun masa tu first time jugak dengar. Tak sangka jodoh aku dengan company ni. Alkisahnya macam ni. Pertengahan semester haritu, uia buat career fair, so banyaklah jugak company datang, Amanie ni salah satunya. Aku pergi dengan Wan waktu tu. Kita orang pergilah booth Amanie ni and person in charge tu pun cakaplah Amanie ni company bla bla bla.. Then dia suruh kita orang tulis nama and course and kita orang pun tulis jelah. 2 minggu lepas tu kot, aku dapat email, Amanie suruh datang ada interview pergh. Kawan aku, Wan tak dapat sebab dia pilih yang course Islamic Finance je. Aku pun macam steady jelah padahal dalam hati gabra sebab tak pernah kena interview sebelum ni. Eh ada. First time interview biasiswa sukan so ni second time ah. Orang tu suruh buat some background research tentang Amanie. Nasib baik dia cakap kalau tak aku nonong je pergi interview tu taktau apa-apa.


Company Amanie ni kat Menara Binjai. Sebelah stesen LRT Ampang Park je. Masa aku masuk Menara Binjai tu macam jakun jugaklah. Tak pernah masuk office corporate kahkah. Dah sampai tu and nama aku kena panggil, masuk dalam meeting room tu tadaa ada 5 orang. Dan aku seorang. 5 lawan 1 pergh. Lutut aku dah gigil masa tu. Dah ah aircond bapak sejuk. Anyway, okay je dia orang interview aku. Santai and casual. Tapi sebab aku macam tak berkeyakinan (pointer rendah je babe), so aku agak gugup jugaklah. Aku dapat rasakan muka aku pucat.


Lepas habis interview tu, aku ada lah jugak approach company lain. Berlambak kot. Dah malas approach personally, aku pi guna jobstreet pulak. Macam takde function je guna tu. Memang dah terdesak nak cari sebab tak dapat mana-mana tempat lagi, aku contact jugak Amanie, tanya macam mana tentang status aku. Dia tak balas. 2 minggu lepas tu dia contact aku (akhirnya!) cakap aku diterima. Nak dijadikan cerita, seminggu lepas tu pulak ada satu company tu MBf Holdings offer aku tempat praktikal, bahagian finance pulak tu. Pergh tough decision beb. Keduanya bagi sama banyak elaun. Akhirnya aku pilih Amanie sebab Amanie lagi dekat and Amanie ni company yang memang khusus dalam Islamic Finance. Hug hug Amanie.


Korang nanti nak cari tempat praktikal tu carilah dengan 'work smart' bukannya 'work hard' macam aku ni. Haishh. Ada kawan sama course dengan aku dapat elaun double daripada aku weh. Kerja dia pun double jugaklah. Hahaha. Yang penting, kerja kat Amanie tak stress dan environment dia sangat islamik. Apa kata korang try praktikal kat Amanie dan rasainya sendiri (ceh promote).


Oh, by the way. Amanie ni ada banyak subsidiaries. Amanie Global Technology salah satunya. Company aku ni bahagian core banking system. Tapi kerja aku lebih kepada support service, administration and research je.


Ok bye.


3 comments:

Sity Mardina said...

Salam. Saya ada soalan. Berapa allowance Amanie group peruntukkan untuk intern student?

Sity Mardina said...
This comment has been removed by the author.
nurul najihah said...

Salam hi :)

Okay tak buat praktikal kat sana? Sebab Rasa nak buat praktikal kat situ.