Saturday, May 14, 2011

See? Soalan sudah Terjawab!



Aku selalu terasa seperti tertembak diri sendiri apabila ada orang berkata:
Heh. Sombongnya dia”

Mana? Mana? Siapa sombong? Aku ker? Excuse me?!
Nah. Kau orang tak kenal aku, sesedap mulut je cakap macam tu eh. Tak kenal maka tak cinta tau. Tension makcik kalau hari-hari macam gini.

Aku selalu terasa umpama belati menusuk ke jantung yang paling dalam apabila ada orang berkata:
Sue ni gatal lah. Miang keladi”

Mana? Mana? Sesuki hati je eeh. Aku tak gatal lah. Aku peramah dengan orang je. Mak aku cakap orang berbudi kita berbahasa. Aku ikut pepatah melayu tau. Kau orang ada ke?

Aku selalu terasa seperti ada asap berkepul-kepul keluar dari telinga aku apabila ada orang berkata:
Pergi dry area pun nak suruh orang temankan. Penakut!”

Mana? Mana? Aku tak takutlah weh. Lagipun siapa yang suruh orang tu bercerita pasal kejadian menyeramkan yang berlaku kat tempat tu. Abang aku cakap kalau tiba-tiba rasa seram biar seram sama-sama. At least, kita berkongsi perasaan yang sama. I think its kinda sweet. LOL.

Aku selalu terasa nak bom orang yang berkata begini:
Kau sakai”

Mana? Mana? Helo. Aku sakai pun kau tetap panggil aku sayang. Cheh cheh. Biar lah. Aku sebagai duta dik cerdas berhak untuk menyebut perkataan b***k tu banyak-banyak kali aku suka tau. Lagipun ada ke kawan kau orang yang berperangai sweet macam aku ni? Takde kan. Ini bermaksud aku ni satu dalam sejuta. Mana lagi kau orang nak dapat sahabat macam aku ni? Kan kan kan? Hehehe.

Aku selalu terasa seperti lambat loading apabila ada orang berkata:
Sue, dia dah bagi hint! Grab him! Grab him NOW!!!”

Mana? Mana? Siapa? Mamat tu? Kita orang kawan jelah. Lagipun nanti dia perasaan handsome pulak. Hengat dia handsome sangat ker? Okay. Aku mengaku pasal dia handsome lah aku add dia kat facebook. And menyebabkan kawan aku lolipop lala dan makhluk yang memanggil aku sakai meng-add dia jugak. Cheh cheh. Sebok jer. Suka sangat stalk wall aku. Huk aloh.

Aku selalu terasa seperti muka aku bertukar semerah lampu isyarat yang warna merah tu apabila ada orang berkata:
Tengok tu. Comel lah dia ni”

Mana? Mana? Tang mana tu? Eheh. Dalam hati dah kembang kuncup dah. Hihihi. Tapi, kalau ada orang yang tanya, “Eh, sue. Apekebendanye kat muka kau tu. Yang biji-biji tu”... argghhhh! Memang sah-sah aku bertukar jadi Goku terus abugid sekor-sekor. Perhiasan kat muka aku ni jangan ditegur okay!

Tapi. Aku selalu terasa seperti dilanda penuh persoalan apabila diri aku sendiri berkata”

Apabila kau gembira...ya, kau akan ketawa”
Kerana kau meraikannya.

Apabila kau berasa sesuatu yang kelakar...ya, kau akan ketawa”
Kerana itu normal bagi seorang manusia.

Apabila kau sedih... kenapa kau juga akan ketawa?”
Even apabila kau berasa sakit? Even apabila kau berasa payah? Even kau berasa sepi apabila ditinggalkan seorang diri?

Kerana...ya, kau ketawa kerana kau berasa sedih. Kerana kau menghayati setiap titisan air mata itu dan menghargainya. Kerana dengan cara itu kau menjadi lebih kuat. Kerana kau ketawa untuk mencabar diri kau sendiri. Hidup cuma sekali. Nikmatinya sepuas mungkin.

Tapi. Bila fikirkan balik. Okay.

Aku selalu terasa nak sepak muka orang tu apabila dia berkata:
Awak sayang saya tak?”

Aku tau kau mesti nanti baca entry aku kali ni. Boleh tak jangan tanya soalan mengarut yang sama kat Formspring? Naik letih aku nak jawab. Rasa macam nak delete je. Tapi kesian pulak kat kau kan? Walaupun kau tanya as anynomyous, aku kenal lah hasil kerja kau. Okay. Ni last aku jawab. Ye. Aku sayang kau! Pehh. Gila jiwang ayat aku. Hahaha. Tapi you know, kan? Sayang sebagai kawan jelah.

Alaaaaaa...” aku tau mesti kau cakap macam tu kan? Hahahaha. Mestilah aku tau. Kita kan kembar. \(^0^)/

p/s aku... emm tengah merindui seseorang. Erk? Panassss... hehehe.

2 comments:

YK said...

as long as u did right, then dun care for other negative comment^^ cheer up n be strong^^

Ansue said...

woooaaaahhhh! that's very sweet of you sensei! sankyu!!!:)