Tuesday, December 13, 2011

Pet Shop Hop Tragedy

Aku dah lama tak rasa tension macam ni. Rasanya dah lebih setahun aku hidup happy tanpa sebarang tekanan. Tapi hari ini, yaaa, hari ini tekanan tu datang balik. Rasa kepala macam nak meletup sebab tak tahan sangat. Hari ni hari isnin. Bak kata omputih: Monday Blues. Err..entah aku main taram je. Anyway, pagi tadi dengan penuh excited tahap kanak kanak dapat lolipop sebijik, aku pergi joging pagi pagi buta tu. Yaaa, aku joging dekat Dataran Nilai. Apa? Kau orang ingat aku gebang? Percaya jelah. Aku memang rajin. Aku dah berazam tanak malas dah. Hari hari aku nak exercise bagi cergas sikit badan. Aku nak jadi tough. Baru cool. Yaaa, itulah azam baru aku. Cheh. Dah nak akhir tahun baru berkobar-kobar nak ada azam. But, better late than never, iyo dok? Cheh, bajet speaking. Haha. After joging, aku pun dengan malu-malu kucing prektis buat Kata depan budak-budak yang main buaian tu. Yelah aku tau lah bebudak tu tak tengok aku pun. Tapi perasaan seperti diperhati tu buat aku jadi segan. Cheh, blahlah. Syuuhhh syuuuhhh. Okay berbalik kepada topik asal. Dah penat joging, pekena roti canai, balik ke bilik, tiba tiba dapat text dari Sensei Rijal suruh buat zenkutsu dachi bla bla bla... 100 kali setiap set. What?! Semput nafas kejap. Tapi bila teringat ada orang tuu kata aku takde power terus semangat tentera jepun kamikaze merasuk diri. Dan dan tu jugak aku terus buat benda alah. Hiyaakk hiyaaakkkkkk!!


Then aku tertidur... lama jugaklah sampai termimpikan pokemon. Cheh, ape ke hal? Tiba tiba tersedar bila dengar ada mesej masuk. Oh Harlina text kata dah sampai. Terus aku bersiap turun bawah jumpa dia. Kitorang exchange barang hantaran dan dia ada belikan aku Big Apple yang banyak. Ada 12 bijik. Ternganga sekejap. Haha. Terima kasih Cik Lina. Habis semua member aku bedal. Aku makan sikit je sebab aku tak berapa pandai nak makan. Aku suka donut yang mak aku buat je, yang goreng dalam kuali tu haha.


Eh, jap! Tadi aku nak cerita pasal apa eh? Ohhhh pasal tekanan tu. Uh-huh hampir lupa pulak. Tadi aku online. Cheh, line internet tak boleh pakai. Sekejap ada sekejap takde. Rasa tension yang amat. Rasa nak gigit je member sebelah ni. Haa tengoklah tu, internet buat hal, member pulak yang terluka. Umpama lembu kena kejar, sapi pulak yang semput tak cukup nafas. Selepas itulah terjadinya episod sejarah kembali berulang. Disebabkan internet down, tak boleh connect memanjang, aku pun pergilah main games yang dah tersedia ada dalam laptop aku ni. Cuma aku je tak berkesempatan nak melawat games games tu semua. Dengan malasnya aku pun cubalah main semua games yang ada (tak sangka banyak jugak games yang aku ada sampai tak terjangkau dek akal haha) Sampailah aku kat satu games ni: Pet Shop Hop. Memula main pejam mata je. Peeehh terer gila aku. Lama-lama level makin tinggi of course lah makin susah. Lama lama aku sampai tak terkejar. Tak dapat score. Laju sangat games tu. Arggghh tension. Banyak kali kena repeat. Sampai berpeluh-peluh aku main. Serius punya pasal. Ciss...berani game Pet Shop Hop tu buat aku tension. Kalau tadi line internet down aku macam nak gigit gigit member sebelah, kali ni aku rasa macam nak hempuk-hempuk je member aku tu...rasa nak patah-patahkan laptop acer ni...rasa nak tembak guna shotgun je...rasa nak kick guna mawashi geri je... Haa kan dah terkeluar teknik karate. Haaaihhh...sabo jelah yob! Takper takper. Aku akan berusaha kuat untuk tackle game Pet Shop Hop tuu.





Adoihhh! Kalaulah aku semangat macam gini waktu training Karate kan bagus. Hikhik. Tadi member aku Aimi pinjam kad Popular aku katanya nak beli novel Inggeris, kalau guna kad boleh dapat diskaun. Aku pun dengan rela hati bagi dia pinjam walaupun jauh dari sudut hatiku yang paling dalam antara yang terdalam, aku terasa iri hati. Chewaaah. Sebenarnya iri hati sebab tak dapat nak ikut sekali. Bajet takdeeee. Waaaaa... Tension lagi...






Wawa told me that I was too harsh about 'that matter'.
I am sorry :(
...for not being sensitive.






No comments: