Thursday, March 31, 2011

Penggila Novel!


Selamat pagi semua.
Di sini aku nak menyatakan bahawa aku sedang mencari salah sebuah novel karya Sophie Kinsella!
Oh moo! Aku dah jumpa!
Dekat Kinokuniya, Dekat Mph Sunway.
Tapi tetap juga aku tak beli.
Hanya mampu jeling-jeling je.
Bajet tak cukup laa...T_T

yang ada tanda *love*... ye, yang tuh lah!

CAN YOU KEEP A SECRET
Sophie Kinsella

Hell yeah!
Aku naaakkkkkk sangat buku tu.
At least kalau tak dapat memiliki
Dapat baca sekali pun cukup lah.

The story was really sweet, sempoi and febulus:

...Emma is sitting on a turbulent plane. She's always been a v. nervous flyer. She really thinks that this could be her last moment. So, naturally enough, she starts telling the man sitting next to her - quite a dishy American, but she's too frightened to notice -all her innermost secrets. How she scans the backs of intellectual books and pretends she's read them. How she does her hair up like Princess Leia in her bedroom. How she's not sure if she has a G-spot, and whether her boyfriend could find it anyway. How she feels like a fraud at work - everyone uses the word 'operational' all the time but she hasn't a due what it means. How the coffee at work is horrible. How she once threw a troublesome client file in the bin. If ever there was a bare soul, it's hers. She survives the flight, of course, and the next morning the famous founding boss of the whole mega corporation she works for is coming for a look at the UK branch. As he walks around, Emma looks up and realises... It's the man from the plane. What will he do with her secrets? He knows them all - but she doesn't know a single one of his. Or... does she?...

Wahhh. See?
Baca sinopsis pun dah rasa excited sangat ni.
Nak beli. Nak beli. Nak beli.
Nak jugak.
Belikan boleh tak?
Hehehehe.

p/s kalau aku pujuk abang aku suruh belikan...agak-agak boleh dapat tak eeh?

Tuesday, March 29, 2011

Aiskeyting ♥




Assalamualaikum .
Tak disangka class English aku cancel .
Hari ini hari Selasa .
Kat mana boleh jumpe aku ?
Kat dorm takde, kat kedai pakcik takde, kat TV room pun takde ?
Jeng jeng jeng !
TADAAAA ...

Dia berada di Sunway Pyramid lah!!!


About second after this picture was taken... Bumm! Aku terus tersembam tergelincir! Cover beb, cover.


Sempat lagi pose sebelum daftar masuk ke Sunway Pyramid Ice
Skating Academy

The best part about this moment...yeah !
Ini adalah kali pertama aku main skate .
I mean ice skating .
Err... rollerblade pun aku tak pernah main tau .

So, that's why aku sangat berbangga bila dalam sejam kemudian aku berjaya menguasai permainan meluncur ais ni ! Walaupun ya, GEDEBUKK! (bunyi aku jatuh, tergolek, tersembam, tergelincir, terlanggar orang, terduduk, and even terbaring) Hahaha. Namun, dek kerana semangat yang cekal dalam hati... err bila semangat shitoryu terus membara... haa memang tak lah! Aku pun terus bangkit membuat gaya luncur yang paling mengagumkan! Dan terus tersembam kat atas lantai luncur tu tak lama kemudian. Hampeh! Papepon aku nak jugak laa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Nisa dan Dila yang banyak mengajar aku teknik-teknik meluncur yang betul. Attention! Mereka bukan professional skaters tau tapi still boleh menjadikan aku terer ber-skating ni. Bangger ler tu. Hahaha.

Tapi... kalau tak disebabkan aku ni cepat belajar, takde maknanya korang boleh jadi cikgu skater ni tau. Hahaha. Oppss. Anyways, Thanx kome berdua yang tanpa lelah tetap menggenggam tangan yang satu ini untuk terus meluncur dalam kepekatan ais yang dah cair tu. Seluar aku lencun tau. Tapi seronok lah.

Anyway
Semoga kita berempat:
Aku, Nemnom, Nisa, Dila
Akan ada class yang cansel lagi .
Hahahaha .
Boleh kita meronggeng kat mana-mana.
Next time KLCC nak ?
Kita pergi Aquaria .
Tak pun PetroSains .
Aku tak pernah masuk lagi tau .
Err... kat KLCC ada taman permainan .
Boleh aku main buaian .
Dah kempunan ni .
Hehehehe .

p/s pizza yang kita makan tadi tu sedap giler. makan lagi nanti, nak? NAKK!

Saturday, March 26, 2011

the SECOND Time


Malam tanpa bintang, tanpa cahaya, tanpa mimpi.
Malam tanpa kehangatan darinya.
Omaigad!
Menunjukkan sesuatu bakal terjadi.
Atau mungkin perkara yang memang sudah tersurat akan terjadi?
Arggggghhhh!!!!!
*kusut+gelabah*

27March2011
Seriously aku memang tak sangka tarikh itu akan tiba jugak.
Walaupun aku...emm aku tak bersedia lagi laa!
Tak bole ke postponed?
Haishhh...cuak ke kak? LOL.

Yelah yelah.
Aku admit aku tak prepare secukupnya.
Ambik kau!



Next Grading: Yellow to GREEN

Bolehkah saya?
Bolehkah saya lakukannya sensei?

Tak sabar nak jumpa sensei samurai. Dia ada ke eeh? Hehehehe.

tapi ada orang tuh kena buat demo kat Mall. Hahaha. At least aku lebih bernasib baik.

p/s goodluck nisa untuk silat kau hahaha. goodluck untuk aku jugak!

Monday, March 21, 2011

omaigad!


Akhirnya... setelah hampir krem jari jemari aku yang tak berape nak runcing...setelah berpenat lelah, berpeluh basah...mengamuk menghentak meja...terjerit-jerit memaki hamun...mencebik menggumam membaca mantera...menyanyi-nyanyi lagu doraemon....pandang kanan pandang kiri....click sana click sini...Akhirnya....pengorbanan ini berbaloi....yahoooooooooooo!!! Trang tang tang. Tu dia. Terpapar result semester aku yang kedua. Hampir sesak nafas aku meneliti baris demi baris. Hampir longlai lutut aku. Hampir pengsan aku kerana tak bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kemungkinan yang bisa mengubah 360 darjah sisi hidupku. Kemungkinan yang bisa mematahkan keazamanku. Kemungkinan yang boleh membuatkan aku terdampar di bumi Nilai ini selama-lamanya. Kemungkinan yang...argghhhh!!! Dan...Alhamdulillah! Setelah menghadapi mimipi ngeri selama 3malam berturut-turut. Makan tak kenyang tidur tak basah kencing tak lawas...tiba-tiba menjadi murung. Tiba-tiba gelak. Tiba-tiba nangis. Tiba-tiba terberak. Tiba-tiba jadi orang gila. Tiba-tiba aku menjadi bukan aku. Tapi...itu cerita 3 hari yang lepas. Now...I am BACK! Suhailah yang baik hati, peramah, suka sengih-sengih, suka tolong kawan hehehe, sukakan tagline..."apo kono nyo jang?" hahaha, suka makan banyak bila lunch, suka beli benjo bila dinner sebab nak jimat duit, suka main cafe life tapi sekarang dah pencen, suka belahak tapi still tak boleh lawan Nisak, suka tak kemas locker, dulu tido menyempit dengan Nisak dan Fatin tapi sekarang tak boleh dah kot sebab Fatin dah takde huwaaaa, dan...suhailah yangg macam-macam laaa...Kesimpulannya beliau dah kembali Happy!!!


Bersama kita bersama-sama...HIDUP D-2-8!...(dorm aku yang baru)
Perhatian:
dorm ini tiada awek-awek cun
hanya ada gadis-gadis yang pemalu, baik hati, sopan-santun, lemah-lembut, caring, dan paling penting ialah mereka pandai memasak!

p/s aku dapat katil bawah. gembira giler!