Tuesday, March 29, 2011

Aiskeyting ♥




Assalamualaikum .
Tak disangka class English aku cancel .
Hari ini hari Selasa .
Kat mana boleh jumpe aku ?
Kat dorm takde, kat kedai pakcik takde, kat TV room pun takde ?
Jeng jeng jeng !
TADAAAA ...

Dia berada di Sunway Pyramid lah!!!


About second after this picture was taken... Bumm! Aku terus tersembam tergelincir! Cover beb, cover.


Sempat lagi pose sebelum daftar masuk ke Sunway Pyramid Ice
Skating Academy

The best part about this moment...yeah !
Ini adalah kali pertama aku main skate .
I mean ice skating .
Err... rollerblade pun aku tak pernah main tau .

So, that's why aku sangat berbangga bila dalam sejam kemudian aku berjaya menguasai permainan meluncur ais ni ! Walaupun ya, GEDEBUKK! (bunyi aku jatuh, tergolek, tersembam, tergelincir, terlanggar orang, terduduk, and even terbaring) Hahaha. Namun, dek kerana semangat yang cekal dalam hati... err bila semangat shitoryu terus membara... haa memang tak lah! Aku pun terus bangkit membuat gaya luncur yang paling mengagumkan! Dan terus tersembam kat atas lantai luncur tu tak lama kemudian. Hampeh! Papepon aku nak jugak laa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Nisa dan Dila yang banyak mengajar aku teknik-teknik meluncur yang betul. Attention! Mereka bukan professional skaters tau tapi still boleh menjadikan aku terer ber-skating ni. Bangger ler tu. Hahaha.

Tapi... kalau tak disebabkan aku ni cepat belajar, takde maknanya korang boleh jadi cikgu skater ni tau. Hahaha. Oppss. Anyways, Thanx kome berdua yang tanpa lelah tetap menggenggam tangan yang satu ini untuk terus meluncur dalam kepekatan ais yang dah cair tu. Seluar aku lencun tau. Tapi seronok lah.

Anyway
Semoga kita berempat:
Aku, Nemnom, Nisa, Dila
Akan ada class yang cansel lagi .
Hahahaha .
Boleh kita meronggeng kat mana-mana.
Next time KLCC nak ?
Kita pergi Aquaria .
Tak pun PetroSains .
Aku tak pernah masuk lagi tau .
Err... kat KLCC ada taman permainan .
Boleh aku main buaian .
Dah kempunan ni .
Hehehehe .

p/s pizza yang kita makan tadi tu sedap giler. makan lagi nanti, nak? NAKK!

4 comments:

khainisa said...

Uhhh aku tahu dah ko mesti puji aku. HAHA.

Ansue said...

ececehhh... yela sbg penghargaan. kekeke

lolipop lala said...

haha.nex klcc!keke=p

keyla said...

cis sue . xde kelas kau terus g ice skating . mmg xde keje le ye short sem ni HAHAHAHA