Sunday, February 27, 2011

happening

Wow! Minggu pertama cuti sem aku kali ni aku pegi hang out kat KLCC. Da lama kot aku tak pegi situ. Tak banyak yang berubah pun. Bangunannya tetap sama, berkembar jugak. Huhuhu. Yang penting ialah aku pegi sorang2 je tau. Cuak? Heh. Tak pun. Selama ni pun aku selalu sorang2. Tak kesah. Da biasa. Sampai sana aku terus serbu Kinokuniya! Yahhhhh! Da lama tak pegi Kino. Rindu sanad2. Fyi bagi sapa2 yang tatau, Kino ni yela gedung buku. Apa beza Kinokuniya dengan MPH Bookstores? Tentulah kat Kino ade berlambak manga yang best2! Diulangi...berlammmmbakk!!! Tengah syok2 cuci mata aku ternampak la pulak karya terbaru Sophie Kinsella, about secret. I cant quite remember the topic. Tapi buku dia memang super best! Nak je beli tapi tak cukup duit huhuhu. Cho bole belikan tak? hahahaha.
Sebenarnya aku menapak ke KLCC ni just nak jumpa Harlina je. Peewit! Macam date pulak hahaha. Act, aku segan gak nak jalan ngan dia sebab dia pakai purdah. Dressing aku pulak tade la ayu mane. Tapi dia steady je. Tengs ya memahamiku. Kekeke. Nak tau tak nak tau tak? Dia belanja makan pizza!!! Wawawawa.....sukenyer aku. Pastu kat pasaraya bole pulak dia belikan aku ferrero rocher! Adat orang bagi kita sesuatu aku pun dengan tersengih2 cakap la 'buat susah2 je'....(still sengih2)

"Lina tak rase susah pun"
sooo sweet!

Yang kelakarnya sebelum tu aku ade cakap aku tak suke coklat sangat tapi aku just suka encik ferrero rocher je. Tak sangka dia belikan. Terharu tau tak?!!! Pastu dia nak singgah Kino jap. Eleh nak beli novel cinta la tu. Bila aku tanya dia cakap nak cari buku islamic. Gedebuk! Rase macam jantung aku kena pukul. Tu diaaa.... Aku terkedu sekejap. Hahaha. Kalo mak aku tanya nak beli beli buku ape Shela? Nak beli komik mak. Gagagaga. Jauhnya beza aku dengan Lina. =.="

Then, kitorang pun berpisah. Ending. Isunya di sini, siapakah si Harlina? Satu-satunya gadis berpurdah yang aku kenali tu?. Jeng3x.

p/s dia bagi aku shawl color hitam. shawl pertama yang aku ade. kononnye sbg hadiah besday aku yang lepas. hehe. next besday aku nak niqab agak2 bole tak? <3

Saturday, February 26, 2011

yoroshi QUEEN

Hey U!
No, not U. The other guy right beside U.
The shorty one.
Yes. Yes U!
Do U like Goldfish scooping?

*pengsan*
Omaigad! Have U ever heard name of Risa Koizumi and Atsushi Otani? Or at least Lovely Complex? No??? U had never heard before? Hey, they were such a cute couple tau! Ah, fyi movie ini diadaptasikan daripada manga. Aku tak ingat apa nama tajuk manga tu. Yang pasti aku pernah bace la. Aku teringat sebab watak heroin dalam movie ni cara dia dressing sejibik macam dalam manga tu.

You fall in love with someone
As a result, you come to hate yourself
If this is a case, this someone is not meant for you
This someone is not your destiny
For destiny is…”

*blushing*
Actually, cerita ni berkisar mengenai Risa, gadis dengan ketinggian 170cm ditolak cintanya kerana lelaki yang dia suka tu lebih pendek darinya. Dalam masa yang sama, Otani pulak kena reject sebab suka senior dia yang trang tang tang lebih tinggi darinya. Isn’t sounds funny and cute? I think so. You better watch the movie. Risa dan Otani bertaruh yang Risa akan dapat cari Boyfriend dalam masa seminggu. Tapi, tak berjaya pun. Haha. Then, as usual plot of manga, Risa ended up fall in love with Otani. Tapi, Otani tak dapat menerima untuk menganggap Risa sebagai Girlfriend. Sedang si Risa kesedihan, muncullah penyelamat beliau. Woot2! Mr. Kuniumi Maitake aka Kane, the new assistant homeroom teacher. A gorgeous and tall guy. Once Otani dapat tahu yang Risa suka pada Mr. Maitake menyebabkannya meluat dan….jelous? Haha! Dan tibalah masa untuk Otani membuktikan pada Risa bahawa dirinya lebih hebat dari Maity!! Then, what happened?.....search it by yourself laaa…!:P

Part paling aku suka ialah bila Risa jerit,
I LOVE MY SHORTY!

*blushing again and again*
So kesimpulannya cerita ni tentang pasangan si gadis tinggi dan si jejake ketot. Haha. But, as they always say, “Height doesn’t matter, right?” So sweet!

p/s ade part yang aku touching, berair jugak laa mate aku. Terharu siot. Tapi aku tanak cakap part yang mane. Malu la nanti!

Thursday, February 24, 2011

a Memorabilia

.fun.
.mad.
.weird.
.blonde.
.forever.
.FRIENDS.

Assalamualaikum semua. Ini adalah sebuah entry yang sudah cukup menggambarkan kesyahduan kegembiraan, tangisan, dan kesyukuran. Ouch! Semester kedua dah habis. Classes, tutorial, assignment, examination da pun tamat. Lepak2, santai2, tonton movie, Apa lagi yang akan terjadi selepas ni? Well, God knows better. Haihhh =.=" Walaupun aku da free daripada semua benda alah tu tapi kenape??? Kenape weh aku rasa aku semakin busy?! What the @$^*)!#%&( !!!! Bayangkanlah aku cuma punya dua tangan dan dua kaki jee. Tapi dengar sini aku rasa aku da busy macam CEO Petronas pulak. Sambil baring tangan kanan menaip, tangan kiri pegang sundae. Kaki kiri garu2, kaki kanan praktis karate. Mulut tak abis2 kunyah mentos. Pehh.. Penat kot aku. Lagi penat mata aku bila tengok Sang Eila dan Sang Auni baring2 sama2 dengar lagu. Bila aku dengan penuh rendah hati mintak dorang tolong kipaskan aku bole pulak depa dengan gaya macam jerangkung jawab, " Aku busy laa!!!" ....tu takpe lagi. yang tak tahan bila ada yang menambah, "Pale hotak dia!" Pehh. Sabo jela. Busy  sangat la tu?

Esok aku nak balik Rawang da. Haihh =.=" sedih pulak. Yang lain sume da balik. Tinggal aku, Eila, Fatin ngan si Auni ni haa. Malam ni malam terakhir kitorang kat sini. Kat dorm A-2-4. Huhhh..Dorm ni macam sarang tikus pulak. Macam mane kitorang nak kemas ni kome sume? Banyak giler hanger yang tinggal. Dulu kemain lagi berebut hanger. Tang balik je sume tak ngaku sendiri punya hanger lak. Pastu aku jugak yang kena simpankan. Takpe. Aku kan baik. *o* Yang tak bole blah nye ada underwear tertinggal kat sinki. Pastu makcik cleaner bole pulak letak dalam baldi kain basuhan aku?!!! Ada baju aku dalam baldi tu kot! Tolerate la sikit makcik oit. Sabo jela. Tah sapa la tuan punya underwear tu. Tak kesah la. Yang penting bukan aku punya. Hopefully kitorang akan berjaye kemas sume ni. Btw, fellow aku ade mlawat dorm kitorang semalam. Chill:)

Ah! Btw, malam ni jugak adalah malam terakhir aku training karate untuk semester kedua ni. Sensei kata ada big Surprise! *wink* Tak saba nye saya! Saya memang cinta mati karate! I LOVE U KARATE! Walaupun yang sebenarnya aku ni takde lah terer mane pun. Harharharhar. Emmm alaa.. Nanti Shafel da takde. Sedih la. Dia best tau!:) Best macam nak pelok2 dia jer. Dia pernah bagi kad ucapan happy birthday. Soooo sweet!!!! Neways, yang paling teristimewa yang pernah berlaku sepanjang 2 semester aku kat Nilai tercinta ni yela geng2 A-2-4 dan Karate~~<3

Kepada Fatin, Farihin dan Wan...jumpe korang kat Gombak nanti okes. InsyaAllah.
Kepada yang ambil short sem...tak lama lagi jumpe balik ler kita:)
Kepada yang lain2....chageyaaaa saranghaaeeee!!!!

note: Aku nak pegi training Karate da ni. *excited*. Sebelum tu nak makan benjo dulu. Lapa2. Chaw!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
After 3hours 24minutes and 17seconds
After berpenat lelah kat dojo......

Here I am! As a fighter. And as the girl who got injured. Huwaaaa.. Ibu jari kaki aku tergeliat!!! Penangan demo buat aksi Judo ngan Alang. Seriously lebam =.=" Aku buat semangat sangat kot. Tapi bak kata Sensei, kita mesti control. Apa boleh buat. Karate punya pasal kan? Kena laa berkorban. HaHaHa. Nak tahu tak? About the big surprise?
It is damn surprise wa cakap lu! Sensei bawak breaking wood. Tak tahu apa tu breaking wood? Alaa.. yang selalu ahli Karate or Taekwondo guna tumbukan atau sepakan untuk pecahkan papan mengikut ketebalan dan peringkat masing2. Tak paham lagi? Pergi Google jela weh. Neways, papan tuh berharga rm5 je dan ade sebanyak 15keping. && kitorang kena pecahkan papan tu guna penumbuk. Damn! One shoot! Bweks....aku dapat pecahkan laa walaupun dengan kaki terdengkut. Diulangi dengan kaki terdengkut ok. After habis tu, kitorang pergi laa 7E dengan harapan ade slurpee. Tapi rosakkkk!!! Haihhh =.=" Tapi oke laa jugak Sensei belanje ice-cream. Aku ambil Drumstick. Auwww. First time rase ni. Keh3. Suke3!

teeeeetttt...sekian. More on the next post. yup! of course aku akan menjalani hari2 tanpa A-2-4 lagi. Pehh..touching tau tak. Selamat tinggal semua. Sobb..sobb....

Sayonara.......(anda tak akan suka perkataan tu, tapi setiap pertemuan akan ada perpisahan)

p/s aku nak balik esok...makkk!!! tunggu shela oke. ily

Friday, February 18, 2011

kami Bangger kami Bongsu

kegembiraan geng bongsu macam ni laa. macam nak terbang je hari-hari

Aku dengan bangger nya keluarkan tupperware warna oren aku yang aku letak di celah-celah buku2, kertas2, fail2, sampah pun ade. Haissshh. Dengan harapan ade laa sedikit makanan yang tinggal dalam tupperware tu. Wehee! Ada biskut Hwang Seng laa! (senyum pastu sengih2) Alahai! Kempis je biskut ni? Tinggal dua keping biskut je?? Emmm..cukup laa untuk aku cicah dengan milo fuze malam ni. =.='

Lately ni kan, aku rasa aku nak post something kat blog 'kesayangan'-kuh ini. Tapi, idea tak muncul2 sejak sekian lamanya. Aiseh. Nak buat macam mana? Walaupun aku rasa aku tak busy tapi aku rasa macam selalu takde masa. Macam mana tu eh? Ouhh.. sudah lah sue. Teruskan je hidup kau. Chill oke :)

Kebelakangan ni kan2, aku selalu terberkenalan dengan orang2 yang sama jenis dengan aku. Sama jenis? Alololooo..maksud aku insan2 yang merupakan anak bongsu dalam keluarga mereka. Weehee! Mereka bongsu tapi mereka matang. Mereka bongsu tapi mereka berdikari. Mereka bongsu tapi mereka lebih sulung dari yang sulung. Wah3. Kami bangger kami bangger.

credit to:
my beruang kutub (dia bongsu <3)
miss purdah (baru jee kenal tadi...bongsu jugak tau and dia sebaya saya!)
encik karate PJ (mat kelate yg malu nk publish photo kat fesbuk. ya! dialah orangnye. pun bongsu gak)
dan semua yang rase dirinya adalah bongsu. berbangger lah anda. ya! anda!!!

Waw! Haha. Rabu next week ada training karate yang last untuk semester kedua ni. So, maybe kitorang akan buat refreshment sikit. Macam Annual Grand Dinner laa. Yang lain nya kitorang ni buat takde la grand sangat macam kelab lain. Minggu lepas Sensei Rijal da belanja kitorang ice-cream. Aku pilih ice-cream kit-kat. Sedapnye. Masih terasa2 kesedapan coklatnye kat mulut aku. Haha. Okey. Aku mesti berusaha untuk karate! Hoorayy!

Okey. Biskut aku pun da abis. Alaa. Dua keping je kot. Masa untuk tido. Jap2. Aku kena study laa. Ada 2 paper lagi. Mathematics dengan Statistics. Wish me luck okes. Nitezzz lovez........

p/s aku tak suka biskut yang da lemau. tak sedap.

Tuesday, February 8, 2011

the War has coming

Assalamualaikum. Ouch! Seperti entri yang tertera di atas. Yess! A WAR! OMG! Its coming!!!

Saya tak percaye, tanak percaye, tak percAYEEEEE!!!! GILEERRRRRR!!!!!
Pehhh..

EPT
APT
Mathematics
ACCOUNT
Statistics

..............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............

So..inilah masa untuk kita berjuang bersama-sama

Berpecah otak selesaikan masalah mathematics yang pehhh! =.="
Buat balance sheet yang tak pernah nak imbang-imbang.
Ahaahaa..aku rasa aku da mule nak jadik tak betul da nie.
Anda bagaimana?
Da prepare?
waaawww!
>,<
---------------------------------------------------------------------------------

Guys. Macam mana pun good luck ah untuk exam kali ini. Kita akan buat yang terbaik oke! Insyaallah. Doa laa banyak. Kata-kata semangat khas untuk beauteoussa, yang tak pernah tewas, <3<3<3<3, dan teman-teman yang lain ngahaha. Hello jangan asyik main game, tengok muvi korea, bace manga, or even main sms. Stop oke. Just for a while. (^O^)


Students of CFS IIUM cawangan Nilai.
Students of Economics and Management Sciences
Students of Group901
[english.arabic,statistic]
Students of Group930
[math & account]
teman setilam
[pari-pari syurga and nisak chantek]
Penghuni A-2-4
~nemnom, elizabeth, barihin, eila, biebers, FT's, wani, utajah, musyrifah, bear, yun, ezzy, makcik2]

GANBATTE NE!!!!
Bersama kita meneraju final exam untuk semester kedua ini!

p/s kekadang aku rasa sedih pun ade bler tengok result quiz aku. Korang ingat aku tak sedih ke?? Tapi sedih dalam hati jela. huhu. Bler teringatkan Jang Keun Suk tetibe aku jadik semangat balik. Wow!

Sunday, February 6, 2011

demi yang pertama

sesuai dengan tajuk entry ini. so aku pun dengan tak segan silu nak laa story serba banyak tentang diri aku. muahaha. anda tak suka? well.. what do i care babe. bace jeeee!
  1. nama sebenar... tak payah tahu laa
  2. orang selalu ckp rupa paras aku macam Demi Lovato. tapi aku pun rasa macam tu:P
  3. umur? almost 20years old
  4. hobi yela makan
  5. sentiasa fanatic pada kereta mini cooper s
  6. pencinta karate-do
  7. yup! aku gila anime. korang kata aku otaku? mmg pun >,<
  8. boyfriend? aisehh..kalau nak tahu semua lelaki2 yang hensem kat dunia ni boyfriend aku laa tu.
emmm.. tu je kot
p/s aku rasa aku sentiasa gembira. tapi tak semestinya aku tak pernah rase sedih, kan3?

perasaan tu subjektif. so guys jangan terpengaruh dengan tipu muslihat mata. selalu kita lihat orang tu asyik ketawa je dan tak pernah nampak dia menangis. siapa tahu? sekiranya dia menangis dalam hati.......=.="