Thursday, March 31, 2011

Penggila Novel!


Selamat pagi semua.
Di sini aku nak menyatakan bahawa aku sedang mencari salah sebuah novel karya Sophie Kinsella!
Oh moo! Aku dah jumpa!
Dekat Kinokuniya, Dekat Mph Sunway.
Tapi tetap juga aku tak beli.
Hanya mampu jeling-jeling je.
Bajet tak cukup laa...T_T

yang ada tanda *love*... ye, yang tuh lah!

CAN YOU KEEP A SECRET
Sophie Kinsella

Hell yeah!
Aku naaakkkkkk sangat buku tu.
At least kalau tak dapat memiliki
Dapat baca sekali pun cukup lah.

The story was really sweet, sempoi and febulus:

...Emma is sitting on a turbulent plane. She's always been a v. nervous flyer. She really thinks that this could be her last moment. So, naturally enough, she starts telling the man sitting next to her - quite a dishy American, but she's too frightened to notice -all her innermost secrets. How she scans the backs of intellectual books and pretends she's read them. How she does her hair up like Princess Leia in her bedroom. How she's not sure if she has a G-spot, and whether her boyfriend could find it anyway. How she feels like a fraud at work - everyone uses the word 'operational' all the time but she hasn't a due what it means. How the coffee at work is horrible. How she once threw a troublesome client file in the bin. If ever there was a bare soul, it's hers. She survives the flight, of course, and the next morning the famous founding boss of the whole mega corporation she works for is coming for a look at the UK branch. As he walks around, Emma looks up and realises... It's the man from the plane. What will he do with her secrets? He knows them all - but she doesn't know a single one of his. Or... does she?...

Wahhh. See?
Baca sinopsis pun dah rasa excited sangat ni.
Nak beli. Nak beli. Nak beli.
Nak jugak.
Belikan boleh tak?
Hehehehe.

p/s kalau aku pujuk abang aku suruh belikan...agak-agak boleh dapat tak eeh?

Tuesday, March 29, 2011

Aiskeyting ♥




Assalamualaikum .
Tak disangka class English aku cancel .
Hari ini hari Selasa .
Kat mana boleh jumpe aku ?
Kat dorm takde, kat kedai pakcik takde, kat TV room pun takde ?
Jeng jeng jeng !
TADAAAA ...

Dia berada di Sunway Pyramid lah!!!


About second after this picture was taken... Bumm! Aku terus tersembam tergelincir! Cover beb, cover.


Sempat lagi pose sebelum daftar masuk ke Sunway Pyramid Ice
Skating Academy

The best part about this moment...yeah !
Ini adalah kali pertama aku main skate .
I mean ice skating .
Err... rollerblade pun aku tak pernah main tau .

So, that's why aku sangat berbangga bila dalam sejam kemudian aku berjaya menguasai permainan meluncur ais ni ! Walaupun ya, GEDEBUKK! (bunyi aku jatuh, tergolek, tersembam, tergelincir, terlanggar orang, terduduk, and even terbaring) Hahaha. Namun, dek kerana semangat yang cekal dalam hati... err bila semangat shitoryu terus membara... haa memang tak lah! Aku pun terus bangkit membuat gaya luncur yang paling mengagumkan! Dan terus tersembam kat atas lantai luncur tu tak lama kemudian. Hampeh! Papepon aku nak jugak laa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Nisa dan Dila yang banyak mengajar aku teknik-teknik meluncur yang betul. Attention! Mereka bukan professional skaters tau tapi still boleh menjadikan aku terer ber-skating ni. Bangger ler tu. Hahaha.

Tapi... kalau tak disebabkan aku ni cepat belajar, takde maknanya korang boleh jadi cikgu skater ni tau. Hahaha. Oppss. Anyways, Thanx kome berdua yang tanpa lelah tetap menggenggam tangan yang satu ini untuk terus meluncur dalam kepekatan ais yang dah cair tu. Seluar aku lencun tau. Tapi seronok lah.

Anyway
Semoga kita berempat:
Aku, Nemnom, Nisa, Dila
Akan ada class yang cansel lagi .
Hahahaha .
Boleh kita meronggeng kat mana-mana.
Next time KLCC nak ?
Kita pergi Aquaria .
Tak pun PetroSains .
Aku tak pernah masuk lagi tau .
Err... kat KLCC ada taman permainan .
Boleh aku main buaian .
Dah kempunan ni .
Hehehehe .

p/s pizza yang kita makan tadi tu sedap giler. makan lagi nanti, nak? NAKK!

Saturday, March 26, 2011

the SECOND Time


Malam tanpa bintang, tanpa cahaya, tanpa mimpi.
Malam tanpa kehangatan darinya.
Omaigad!
Menunjukkan sesuatu bakal terjadi.
Atau mungkin perkara yang memang sudah tersurat akan terjadi?
Arggggghhhh!!!!!
*kusut+gelabah*

27March2011
Seriously aku memang tak sangka tarikh itu akan tiba jugak.
Walaupun aku...emm aku tak bersedia lagi laa!
Tak bole ke postponed?
Haishhh...cuak ke kak? LOL.

Yelah yelah.
Aku admit aku tak prepare secukupnya.
Ambik kau!



Next Grading: Yellow to GREEN

Bolehkah saya?
Bolehkah saya lakukannya sensei?

Tak sabar nak jumpa sensei samurai. Dia ada ke eeh? Hehehehe.

tapi ada orang tuh kena buat demo kat Mall. Hahaha. At least aku lebih bernasib baik.

p/s goodluck nisa untuk silat kau hahaha. goodluck untuk aku jugak!

Monday, March 21, 2011

omaigad!


Akhirnya... setelah hampir krem jari jemari aku yang tak berape nak runcing...setelah berpenat lelah, berpeluh basah...mengamuk menghentak meja...terjerit-jerit memaki hamun...mencebik menggumam membaca mantera...menyanyi-nyanyi lagu doraemon....pandang kanan pandang kiri....click sana click sini...Akhirnya....pengorbanan ini berbaloi....yahoooooooooooo!!! Trang tang tang. Tu dia. Terpapar result semester aku yang kedua. Hampir sesak nafas aku meneliti baris demi baris. Hampir longlai lutut aku. Hampir pengsan aku kerana tak bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Kemungkinan yang bisa mengubah 360 darjah sisi hidupku. Kemungkinan yang bisa mematahkan keazamanku. Kemungkinan yang boleh membuatkan aku terdampar di bumi Nilai ini selama-lamanya. Kemungkinan yang...argghhhh!!! Dan...Alhamdulillah! Setelah menghadapi mimipi ngeri selama 3malam berturut-turut. Makan tak kenyang tidur tak basah kencing tak lawas...tiba-tiba menjadi murung. Tiba-tiba gelak. Tiba-tiba nangis. Tiba-tiba terberak. Tiba-tiba jadi orang gila. Tiba-tiba aku menjadi bukan aku. Tapi...itu cerita 3 hari yang lepas. Now...I am BACK! Suhailah yang baik hati, peramah, suka sengih-sengih, suka tolong kawan hehehe, sukakan tagline..."apo kono nyo jang?" hahaha, suka makan banyak bila lunch, suka beli benjo bila dinner sebab nak jimat duit, suka main cafe life tapi sekarang dah pencen, suka belahak tapi still tak boleh lawan Nisak, suka tak kemas locker, dulu tido menyempit dengan Nisak dan Fatin tapi sekarang tak boleh dah kot sebab Fatin dah takde huwaaaa, dan...suhailah yangg macam-macam laaa...Kesimpulannya beliau dah kembali Happy!!!


Bersama kita bersama-sama...HIDUP D-2-8!...(dorm aku yang baru)
Perhatian:
dorm ini tiada awek-awek cun
hanya ada gadis-gadis yang pemalu, baik hati, sopan-santun, lemah-lembut, caring, dan paling penting ialah mereka pandai memasak!

p/s aku dapat katil bawah. gembira giler!

Thursday, March 17, 2011

Wayang best datang lagi

Assalamualaikum semuaaaaaa! Kali ini dengan bangga dan bergaya aku nak cakap aku da tengok filem epik karya KRU tuh!!! Alaa..cerita tu la. Hikayat Merong Titiwangsa! Eh? Silap-silap. Hikayat Merong anak Itik dan Angsa. Nooooo!!!! Fuh..fuh! Hikayat Merong Mahawangsa! Haa yeah! Baru betul! Well...kepada kome semua yang tak tengok lagi, anda tahu anda siapa.....JANGAN JELES! Hahaha. Best woo..sebab ape? Sebab Gavin alias The prince of Rome sangat-sangat hensem. Lalalalalaaa....suke sangat3! Yang aku ingin jelaskan di sini cerita tu memang tak rugi laa untuk ditonton memandangkan ianya suatu karya melayu yang baik dan menarik. Heh..susah tau aku nak puji filem keluaran Malaysia ni.

Aku tengok wayang tu dekat Times Square. Dan aku baru tau sebelah Times Square ialah Sungei Wang...and dekat dengan Lot 10...! then jalan-jalan sekitar Bukit Bintang, seriously cuak jugak aku tengok remaja-remaja berpeleseran kat kawasan situh. Aku nak pandang depan pun seram. Tak tahu la kenapa. Tapi bila tengok remaja2 sebaya aku semua, aku rasa lain macam pulak. Rasa macam kat dunia lain. Semuanya berpusing-pusing. Rasa nak pitam kat situh jugak. Budak rawang macam nilah. Kejutan budaya. Hahahaha. Tapi disebabkan..ehem.. berjalan beriringan dengan ‘orang’ tu, aku rasa selamat sikit. Kalo tidak aku rasa macam bila-bila masa je alien nak culik aku.

Sebenarnya aku rasa lain macam sebab....aku biasa tengok bangla je ramai. Hahaha. Tak biasa tengok remaja-remaja yang sebegitu. Macam ada perhimpunan pulak. Dan semua nampak macam bersosial dan jelas aku tak suka. Macam kata dia..”Di sinilah tempat budak remaja lepak, berhip hop, berbreakdance...uhh, kawan aku ade sorang giler berbreakdance...dan tempat nak berurut” Ehem...berurut? Takpe wak, biar saya je yang urut awak. Biar saya perturunkan ilmu karate saya kat awak. Mesti pasni tobat tanak berurut da...tak tahan sakit hehehehehehe.

Jalan-jalan memang best...tapi hati macam ada tsunami. Esok result keluar laa!
Tapi bila teringat cerita Merong tadi...perasaan kembali tenang. Ehh, cenggituh pulak?
Dear Mr Merong...yang perasan nak jadik Merong tu...ye, awak la! I want you to know that i truly...deep deep in my heart...that you are the one and the only...will be my Merong. Not my Mr Wrong. Superb and clear! Tapi saya bukan Embok. Tak glemer la nama tu. Dan saya jugak bukan Kamawas ataupun Taji oke! Saya Princess Embok Juliette. Haaa...sedap sikit nak sebut. Hehehe. Thanks for everything. Thanks for the happiness. Thanks for the delightful. Awesome H.

p/s nasib baik mak tak marah bila balik lambat. Ngeh3.

Monday, March 14, 2011

benar... Ini satu PENGAKUAN!

Orang kata pengakuan itu ialah sesuatu yang menyakitkan atau mungkin sesuatu penyeksaan. Tapi pengakuan yang terindah? Takkan takde. Mungkin ya mungkin tidak. Dan aku di sini ingin menggariskan 9 pengakuan aku yang terpalit sepanjang usia belasan tahun-ku. Kenape sembilan? Sebab sembilan ialah nombor aku yang teragung. Teragung di alam semesta.


Pengakuan pertama
Aku tak percaya pada cinta pandang pertama, walaupun kadang-kadang ya, namun kejadian ini bukanlah dongengan semata-mata seperti cerita putera raja meminang cinderella ataupun duyung yang kempunan menginginkan sepasang kaki yang selalu terdapat dalam buku cerita kanak-kanak ataupun tayangan gambar. Bagi mereka dunia adalah fantasi dan mimpi ialah realiti. Seperti hujan yang takkan turun pada langit berbintang terang atau bulan yang memancar sinarnya pada malam 31 February. Sebagai puitis yang selalu teralun indah pabila matanya memandang tepat ke arahku. Sekali lagi ini bukan cerita dongeng. Ini satu pengakuan. Aku tak berbangga dengan semua ini. Malah, mungkin aku sepatutnya kesal dengan apa yang berlaku. Kesaktian bukan pada mata. Namun sekali lagi ingin aku tegaskan, kesaktian itu datang dari hati. Meskipun datang dengan ribut dan perginya tanpa sedar, kecenderungan seseorang untuk mengetahuinya umpama jauhari juga yang mengenal manikam.
Entry: Suspicious


Pengakuan kedua
Gila memang gila. Gila tetap gila. Aku tak dapat mengelak setiap kali seseorang menyebut perkataan keramat itu. Perasaan aku tiba-tiba boleh melonjak sepantas adrenalin. Sengihanku akan melebar dan aku akan terlompat-lompat keseronokan. Dan tentu sekali aku tak dapat mengelak daripada jatuh cinta dengan mereka yang terlibat dengannya. KARATE. Orang mungkin akan tiba-tiba mencelah, “Hek eleh minah ni, gila apa?” atau mungkin seperti ini, “Balik rawang la oi!” ye, aku memang tinggal kat rawang. Setiap minggu aku memang akan balik. Atau ada yang menyampuk, “Cukup3...nafas anda berbau” bilamana aku asyik menyanyi lagu Karatae kebanggaanku. Aku tak kisah. Ye, sama sekali aku tak kisah. Ada je orang yang fanatik korea, tak termasuk aku, yang hari-hari korea korea korea, makan korea tidur korea nyanyi korea gaya cakap pun sebijik macam korea. Dan ada je yang fanatik Faizal Tahir dan Anuar Zain. Tak boleh cakap buruk2 sikit pasal dorang, memang makan pelempang la lepas tu. Ada yang siap tampal nota cinta kat meja belajar. At least aku tak la sefanatik itu, walaupun kadang-kadang ya. Dan ya! Aku mudah jatuh cinta pada ahli karate. Aku mudah tertarik dengan gaya dan teknik kata, kekuatan, semangat yang dimilikinya. Mataku takkan lepas daripada melihat semua pergerakannya. Dan ya, ini satu pengakuan. Aku tak berbangga dengan semua ini. Namun, aku tak kesal. Cinta yang aku maksudkan bukanlah cinta yang sebenar-benarnya. Meskipun aku hampir-hampir terjerumus. Ya, aku sedar. Aku hanya kagum. Aku hanya mengagumi mereka. Tak lebih dan tak kurang. Ini bukan episod cinta lara. Inilah yang dikatakan semangat. Anda akan mudah tertarik dengan sesiapa yang mempunyai minat sama dengan anda. And that’s it! Tak perlu meleret-leret.  Dan tak perlu terkejut jika kawan sejantina anda juga mempunyai pengakuan yang sama seperti anda. Kekaguman terhadap seseorang yang hebat bukanlah satu penyakit. Inilah yang dikatakan normal. Berbanggalah kerana anda normal.
Entry: senyumannya adalah penawar.


Pengakuan ketiga
Aku tak sepatutnya mengatakan hal ini. Mencoret dan menukilkan kisah ini. Dan ya, seperti pengakuan pertama dan kedua di atas, ini adalah satu pengakuan. Pengakuan ketiga dan terbesar aku. Aku tak berbangga dengan semua ini. Malah, mungkin aku akan terseksa untuk menjelaskannya. Aku mempunyai masalah. Masalah yang aku hadapi sepanjang 19tahun usiaku. Atau lebih tepat selama aku belajar mengenal ABC. Aku mempunyai penyakit malas tahap kronik. Dan lebih mengkronikkannya lagi aku menghadapi kesan sampingannya iaitu tak kisah. Let it be, let it go. Let’s bygones be bygones. Tangan aku sangat-sangat lemah. Sehingga aku tak berdaya untuk membuka buku bahkan untuk menyelak helaian demi helaian muka surat pun aku memerlukan azam yang tinggi. Mataku umpama seberat bijih timah. Adapun untuk membuka kelopak mata ini sangatlah payah. Meskipun dibantu oleh jari jemariku. Sudahlah tanganku lemah ditambah lagi mata yang sentiasa kuyu. Namun, bila aku dihadapan kaca televisyen menatap hero pujaanku secara automatik seluruh tubuhku segar bugar. Hanya apabila menghadap buku, penyakitku datang menjengah sehingga kedang-kadang hampir sesak nafas aku dibuatnya. Aku sedar dan aku tahu. Perkara ini harus diselesaikan. Namun, nak fikirkan pun aku rasa malas. Krohhh..krohhh (da tertidur, malas sangat)
Entry: kesanggupan anda untuk menasihati saya. Malas jugak? Sabo jela!


Pengakuan keempat
Nak bagitahu tanak? Nak, tanak? Nak? Okey lah. Ye, aku sayang kau. Kau, kau dan kau. Ini sememangnya pengakuan berani mati. Malu nak cakap tapi aku sangat sangat sangat sayangkan korang semua. Anda tahu siapa anda. Ye, saya sayang anda! Siapa yang tak sayang kawan? Hahaha. Bila aku bersama dengan kawan yang aku sayang, well ada jugak kawan yang aku tak sayang bukan bermaksud aku tak sayang Cuma kurang sikit rasa sayang tu, yang aku nak cerita ialah kawan yang aku sayang sangat2, okey...aku akan jadi macam orang bodoh. Aku akan mula mengeluarkan lawak-lawak yang tak menjadi, tiba-tiba aku akan jadi kanak-kanak ribena, tersengih-sengih, semua yang aku cakap menjadi kucar-kacir, aku menjadi kecoh, mengada-ngada, suka bagi teka-teki, suka tangkap gambar sama-sama, suka menyebok, dan yang paling penting aku akan call dia dan menyamar sebagai orang lain. Jika perkara sebegini berlaku kepada anda, tak salah lagi jika aku ingin tegaskan di sini bahawa anda telah bertakhta di dalam hati yang sekeping ini sebagai best friend forever. Tak percaya? You see, pergi tanya la sesiapa yang kurang rapat atau yang tak kenal siapa aku sebenarnya. Korang akan dapat jawapan seperti ini...”Su? Aku tak kenal dia. Nampak macam baik je” atau seperi ini, “Entah. Dia pendiam la. Tak berani nak dekat”. Hahaha. Aku bukan nak berbangga tapi kebanyakan orang yang bila mula-mula kenal akan mempunyai firasat seperti yang di atas. Pendiam, nampak macam baik, well..memang baik pun, susah nak bergaul dan macam-macam lagi. Tapi bila da kenal lama, jauh panggang dari api. Hahahaha. Tapi..tapi, jangan la pergi. Saya sayang awak. Kawan dengan saya okey. Saya akan layan awak baik-baik selayaknya seorang kawan. Bila awak susah jangan malu jangan segan, cerita je masalah awak dekat saya. Susah awak kita tanggung bersama. Jangan simpan sorang-sorang. Kalau saya senang pula saya akan kongsi bersama awak. Susah saya biar saya je yang tanggung. Sebab saya kuat. Saya kebal. Hahahaha.
Entry: kekuatan seseorang terletak pada rohaninya. Kekuatan aku terletak pada sengihan. Hehe.


Pengakuan kelima
Aku dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai 6 orang adik beradik termasuk aku. Dan akulah bongsu. Bongsu bukan sahaja anda akan dimanjakan bahkan anda akan dapat bonusnya sekali iaitu dibuli sentiasa. Bukan salah aku yang mempunyai 5 orang abang dan bukan juga salah ibu mengandung. Inilah takdir yang harus aku tempuhi. Takdir dibuli 5 orang abang. Saya jadi pengkid, saya jadi tomboy sebab sewkatu kecil saya selalu bergaul dengan budak lelaki. Saya dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakannya lelaki. Saya jadi ganas sebab abang saya yang ajar saya. Saya tukar jantina sebab saya selalu lastik burung, panjat pokok, kencing dalam longkang, tuju guli, tuju kasut, main gasing dan macam-macam permainan budak lelaki...blah blah! Well. Itu pengakuan budak tak sekolah yang tak menghargai ciptaan tuhan yang asal. Tapi bukan pengakuan aku. Aku mengaku sewaktu kecil, teman sepermainan aku ialah abang-abang aku. Yang paling rapat ialah abang aku yang kelima. Aku panggil dia Abang Achik atau ringkasnya Achik. Dengan dia aku belajar main guli, buat layang-layang, main jentik tangan (memang sakit kena jentik dengan dia), main congkak hehe, panjat pokok rambutan (masa kat rumah lama), potong rambut pendek macam lelaki..sebab bila gaduh dengan abang,dorang suka tarik rambut aku yang dulunya panjang mengurai macam nak tercabut kepala, and even arggghhh kencing dalam longkang. Ye, aku pernah buat masa muda-muda dulu!!! Takde kerje. Pengaruh buruk daripada abang aku la ni. Walaubagaimanapun aku tetap perempuan. Tak berubah jadi jantan pun. Kecuali bab menjerit dalam rumah bagi kat aku la. Bila kena sakat dengan abang, aku hanya mampu menjerit sekuat hati melepaskan geram sehingga mak aku datang marah abang aku. Nak lawan dia satu lawan satu tak mampu. Well, aku still perempuan yang lemah hihihi. Dan dalam keluarga aku menjadi anak perempuan yang manja. Err..ye manja! Hahaha! Aku still main masak-masak dengan jiran aku, main anak patung. Kalau bab main patung aku pergi rumah jiran belakang rumah (still rumah lama), sebab anak patung aku, ada satu je telah abang aku jadikan sebagai bola untuk dia sepak sampai hancur. Sabo jela! Lepas tu ada jugak main cikgu-cikgu dan semua permainan perempuan. Dan ini bermaksud aku kena pergi rumah kawan sebab takkan nak main anak patung dengan abang? Gila ape? Kalau nak main batu seremban je abang aku bole kompromi. Aku sentiasa berlatih sebab kitorang selalu main tengok siapa lagi terer. Aku, achik dan abang aku yang keempat, Ude. Dan aku sentiasa kalah dan kalah. Tak puas hati tau! Nampak macam gembira tapi dalam hati ada ribut siapa tahu? Aku pernah membenci Achik. Benci yang tak dibuat-buat. Waktu tu aku da mula diajar sembahyang dan diajar berdoa. Aku diajar bahawa tuhan akan memakbulkan doa kita. Dan ini adalah satu pengakuan yang jujurnya aku sangat kesali. Well, waktu tu aku masih kecil dan tak tahu apa-apa. Aku berdoa agar Achik mati! Ya, ini bukan main-main. Aku ingat lagi selepas sembahyang aku tak lupa untuk berdoa agar Achik berambus dalam hidup aku, agar dia bukan abang aku, dan aku bukan adik dia. Aku berdoa penuh perasaan sehingga menitiskan air mata. See? Inilah penangan pembulian. Achik sangat-sangat suka buli aku sehingga aku bole berdoa kepada Tuhan macam tu. Korang bole agak la betapa aku benci Achik dan betapa dasyatnya cara dia membuli aku. Orang kata seorang budak lelaki nakal sewaktu kecilnya dia akan menjadi seorang bertanggungjawab apabila dia besar. Aku tak tahu betul ke tak. Tapi Achik still sama je macam dulu. Cuma dia tak buli aku da. Aku pulak buli dia. Yeay! Dan penamatnya, aku sangat sangat sangat sayangkan Achik dalam banyak-banyak abang aku! Hehehe. Benci bertukar rindu..ehh sayang? Aku terpaksa akui itu!:)
Entry: kisah ini dinukilkan sewaktu aku masih di tadika. Masih comel. Tembam dan pendek. Comot sana comot sini.


Pengakuan keenam dan entah bila abis habis daaa
Subjek kegemaran ialah Account.
Sebab: Waktu aku form 4 cikgu yang mengajarnya ialah Cikgu Razak. Siapa Cikgu Razak?
Okey!
Cikgu kegemaran ialah Cikgu Razak.
Sebab: Beliau sangat selamba bila mengajar.

Ya, sekali lagi ini adalah satu pengakuan! Aku terjebak dan nekad dalam mengikuti pengajian asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIA ini adalah kerana peristiwa yang berlaku 3 tahun lalu. Sewaktu pertama kali beliau iaitu Cikgu Razak melangkah masuk dengan bergayanya ke kelas aku, 4Gamma, untuk mengajar subjek Prinsip Perakaunan bagi menggantikan guru praktikal yang da blah.

Beberapa bulan sebelum itu...
Guru praktikal waktu tu, lelaki, aku tak ingat namanya, Imran kot...tak penting pun...mengajar kelas kami. Biasalah cikgu praktikal kan. Disebabkan subjek Prinsip perakaunan adalah subjek baru. So, aku tak tahu apa-apa la. Dan Cikgu Imran ini pulak aku tak tahu laa, gugup mungkin...mengajar macam tak mengajar. Bila kitorang tak faham dia mengamuk pulak macam nampak hantu. Terjerit-jerit. Aku naik takut bila tengok. Sebab tanak dia mengamuk lagi kitorang pun sepakat jawab laa....”fahammmmm!”. Tapi, bila tak dapat jawab soalan dia, kena berdiri. Hampir seluruh kelas kena berdiri. Yang tak berdiri tu pun sebab tak disoal. Aduihh..

So, bila cikgu Razak sampai, dia umpama hero yang dengan gagahnya meluncur laju menyelamatkan tuan puteri. Dan tuan puterinya itu tentulah aku hehehehe. Dan bila dia mengajar...terdengar la soksek2 yang menggumam...”ohh”, “laaa..macam tu ke?”, “eh, senangnya”, “em baru faham”....dan akulah salah seorang daripada mereka2 yang dok menggumam tu. Keselambaan Cikgu Razak mengajar mengusik tangkai hatiku dan sejak itu aku melihat subjek Prinsip Perakaunan ini dalam sudut perspektif yang berbeza. Sejak itu aku melihat Cikgu Razak sebagai Rahmat. Oppss..Rahmat di sini bukan calang-calang dan bukan Cikgu Razak dah bertukar nama jadi Cikgu Rahmat. Rahmat ialah satu anugerah dan aku melihat Cikgu Razak umpama bersinar-sinar. Sejak itu, ya, sejak itulah aku mula jatuh cinta kepada Account. Cinta lagi? Hahaha. Tak dapek den nak nolongnya. Huhuhu. Dan sejak detik itulah aku berazam setinggi langit lebih tinggi lagi, tinggi daripada segala-galanya, dengan tekad seluas angkasa, tanpa ada apa-apa yang bisa meruntuhkan sinaran bintang-bintang kejora, yang lebih indah daripada puisi sayang-sayang....kerana aku akan berusaha menjadi seorang Accountant suatu hari nanti. Aku tak pasti bila. Yang aku pasti saat itu akan tiba. Dan aku akan melambai-lambai kat korang semua umpama sang YB naik takhta. Oleh itu oleh itu...itulah kisahnya dan pengakuan julung-julung dan terhebat aku. Yang terindah daripada......sue di mana? Sue di rawang!:)
Entry: rindu Cikgu Razak.


Pengakuan ketujuh
Aku menggilai warna coklat! Gila sampai semua benda warna coklat pun aku suka. Kek coklat, baju coklat, kereta coklat, pintu coklat, mata coklat...dan semua coklat la. Dan yang penting dia juga suka warna coklat. Waaaa....kita berkongsi warna kegemaran yang sama laa awak!
Entry: sharing is caring. Anda percaya?


Pengakuan kelapan
Setiap budak perempuan mesti ada artis korea pujaan mereka. Dan begitu juga aku. Shhh...nama dia....:: JANG GEUN SUK ::

Sekali lagi ini memang satu pengakuan.
First time aku tengok dia yela melalui He’s Beautiful, waktu tu aku tak tertarik sangat dekat dia. Saat cinta ini bersemi yela waktu aku tengok dia dalam My Baby and Me! Wahahahaha. Waktu tu dia sangat sangat cute. Rasa nak sepak je. Hahaha. Dan bila aku tengok Mary Stay out all Night pulak...waktu tu aku da tersembam. Gembira sangat. Suka sangat. Muahahaha.  Hanya orang yang spesis macam aku je yang memahami. Encik Jang memang layak disukai ramai. Tapi tak boleh dibuat suami. Nanti semua perempuan nak kacau dia. Kuat jelous ni. Hahaha.
Entry: bila aku pegi korea nanti, orang pertama aku nak jumpa mestilah Jang Geun Suk!


Pengakuan kesembilan dan terakhir
Aku tak pandai memasak tapi aku pandai makan. Aku tak pandai menjahit tapi aku pandai mengoyak baju. Aku tak pandai bergaul dengan orang tua tapi aku pandai menyorok daripada orang tua. Aku tak pandai jaga budak tapi aku pandai buat budak menangis. Secara kesimpulan, aku tak layak untuk berkahwin. Wahahahaha...tak layak berkahwin. What??!! No way man. Aku da 19tahun. Kalo orang dulu-dulu umur 19tahun da ada 5 orang anak. Err...tipu laa tu.  Okay, maybe da ada seorang anak yang masuk tadika dah. And now you tell me that im not qualified to be a wife. A beautiful wife????? A wife yang setiap hari tunggu suami kat rumah dengan setia, masak sedap sedap, urut bahu suami, jahitkan butang baju suami yang tercabut, and macam-macam lagi. Errr...melampau laa tu. Mungkin salah sikit statement tu. Yang betulnya...a wife yang tunggu suami depan tv sambil makan kudap-kudap tengok cerita Crayon Shin Chan, tersengih-sengih sorang-sorang, beli lauk-pauk kat kedai depan rumah then cakap sendiri yang berpenat lelah masak sampai terpotong jari, sediakan kerusi malas untuk suami lepaskan penatnya bekerja, hantar baju suami yang butangnya tercabut kat kedai jahit then claim duit kat suami, dan macam-macam lagi. Ah, tak lupa juga untuk call suami suruh beli aiskrim perisa coklat setiap kali dia nak balik rumah. Beli dua, kalo satu tak cukup pulak. Haaa..yang ni baru versi aku punya. Yang bab budak or baby tak suka bila aku dukung dorang tu bukan salah aku and bukan jugak salah aku kalo dorang merengek-rengek menangis. Tu namanya mengada-ngada. Saja nak ambik perhatian. Kononnya nak jadik femes. Haisshh...sabo jela! Walau macam mana pun aku memang berkelayakan untuk jadik wife, kan kan kan?

Dengan kawan, dengan mak, aku cakap aku nak kahwin umur 21 tahun. Dengan diri sendiri aku cakap aku tanak kahwin. Takdir cakap??? Tuhan lebih tahu.

Dan ini adalah satu pengakuan. Aku masih kecil dan keanak-anakan untuk semua itu. Walaupun ye, walaupun aku dah mimipi berkahwin sebanyak tiga kali. Di ulangi...3 kali! Bukan sekali, bukan dua kali...tapi 3 kali! Namun, mimipi tetap mimipi takkan mungkin jadik realiti. Huahahaha. Dan aku pun tak laa gatal sangat nak kahwin. Ini semua normal...angan-angan si gadis!:P
Entry: aku tak gatal..tapi abang aku memang ye gatal. Gatal nak kahwin. Ish3.


Fuhhh...pengakuan kesepuluh pulak? Mungkin lain kali di post yang lain. Cukup setakat ini. Perut lapar berbunyi-bunyi. Masa untuk melantak da tiba. Sekian.......

p/s jiwa kacau menunggu result semester kedua. Perhatian ini bukan satu pengakuan tapi adalah satu kejujuran.

bila salji melanda

Assalamualaikum. Pertama-tama sekali aku ingin mengucapkan happy holidays bagi sesapa yang baru cuti tu. Sebok je korang nieh, nak jugak cuty. 
And tak lupa juga kepada diri aku sendiri yang tak lama je lagi nak abeh cuty da. Haissh. Sekejapnye. Setelah berminggu-minggu, well 3minggu je... Akhirnya sekarang ni baru laa aku dapat merasai kenikmatan bercuti. Saat-saat cuty nak abes. Adoihh. Takpe la. Well...dengan bangger nye aku nak cakap:

AKU PEGI MAIN SALJI !
AWESOME !
Ya! Diulangi..aku pegi main salji!! Seriously aku ingat aku akan kebosanan bila cuty sem datang berkunjung. Well...saper kata? Indeed..aku sangat-sangat kegembiraan di sini. Tak sia-sia la aku melawat rumah Mak Long aku nieh. Sampai-sampai terus aku diajak pergi tempat sejuk tu.Waaa....memang sejuk la weyh. Menggigil-gigil aku.

Memandangkan waktu tu da 5 petang, So kitorang pun bergegas ke tempat salji tu, nak berkelah la kononnya. Ngeri giler cara abang sepupu aku tu bawak kereta. Terhantuk kepala sana-sini takyah cakap la. Naik benjol kepala aku ni ha. Bab potong kereta tu yang tak tahan. Takyah cerita laa. Aku bersyukur la yang aku tak terlibat dalam mangsa accident. Seram taw tak?!

Walau cane pun yang terjadi...kesimpulannya memang aku suka hati la dapat main salji. Korang pernah? Main salji? Berendam dalam salji? Pernah ker weh? Emphh...kirim salam jela. Harharharhar.

p/s esoknya aku terus demam. pfffttttttt.

Tuesday, March 8, 2011

anda mau kahwin?

10:47:19 AM
Aku yang masih terbongkang atas tilam di depan tv dengan mulut ternganga tersentap bila kena debik dengan mak sendiri.

Aduh....terkejut tau. Dah la masa tu aku tengah mimpi Faiz. Huhu.

Back to the story.
Actually, aku kena teman parents aku pergi majlis kahwin. Adoih...cuti aku kali ni diisi dengan jemputan ke kenduri kahwin je. Kali ni majlis sedare belah mak aku. Anak kepada kakak opah aku. Fiza. Aku ingat sebaris nama itu. Tahun 2006 aku pernah tinggal kat rumah dia sebab parents aku pergi haji. So, aku ikut opah dan cik Apis pergi rumahnya kat sentul. Masa tu aku hang out ngan dia & cik Apis rasa macam kitorang ni sebaya je. Dia pun sengal-sengal gak la. Tapi tak sesengal aku.

And now, she’s MARRIED!!!

Masa kat majlis tadi, aku tengok dia dan pasangannya dari jauh je. Waaa...dia da besar la. Tak sangka dia da kahwin, tak lama lagi da bole timang anak. Hehehe. Ramai betul orang tadi sampai abah bila nak tambah nasi tup tup nasi da habis. & ayam masak merah dia sedap tau. Btw, semoga berbahagia sehingga akhir hayat cik Fiza. Chill.

Tetibe aku tertanya tanya. Korang pernah ada majlis perkahwinan idaman tak? Anyways, i have got a bucket list of that. Jangan tak caye. Hahaha.
  1. Tema aku mestilah color coklat cair. Color feveret aku tuh.
  2. Aku nak gaun yang paling menawan sekali. Yang macam fairy-tale. Agak-agak ade ke eh?
  3. Majlis nye aku nak buat kat hotel 10 bintang. Lagi banyak bintang lagi bagus. Wahahaha.
  4. Masa nak pergi ke hotel tu aku nak naik kereta Mini Cooper S dan diiringi kuda-kuda yang perkasa.
  5. Nak cake 4tingkat. Sebab no4 yela semacam lucky number aku.
  6. Cake nya mestilah moist chocolate. Waaa..mesti sedap nanti.
  7. Aku nak ade demo karate kat majlis nanti. Tak bole tidak!
  8. Emm..kalo bole aku nak jemput Jang Geun Suk ke majlis bersejarah aku. Itupun kalo dia tak dapat jadi pengantin lelaki aku. Hahaha.
  9. Wang hantaran mestilah minimum RM40K
  10. Pastu ade pertunjukan bunga api.
  11. & tak lupa juga mestilah ada Faizal tahir nyanyi live kat majlis aku then ade orchestra sekali. Wow!
  12. & macam macam lagi. Kalo aku ade terfikir lagi aku akan tambah sesuka hati aku okes.
Fuhh... dats all laa aku rasa. Ade banyak lagi. Tapi otak jammed pulak. Ohh, terlupa!
  1. Pengantin lelaki mestilah yang paling hensem, romantic dan kaya di dunia! Hahaha *gelak jahat*
Well, walau macam mana pun, list yang aku buat cumalah list semata-mata. Tapi, Tuhan jugak yang menentukan. Yang aku harapkan hanyalah restu daripada parents aku dan kebahagiaan sepanjang hayat. Tak kisahlah dengan siapa. Even si dia bukanlah lelaki yang aku idamkan. Jika Tuhan telah tentukannya, aku terima dengan senang hati. Fullstop!


err..aku da mimpi 3kali kahwin dengan orang yang sama. pfffftttt. seram kan? 
tapi kalo bole aku nak suami macam ashton kutcher. Bole tak?! Hehe.

p/s ade orang bagitau “nanti aku masuk minang ko jangan reject tau. kalo nak reject, reject awal-awal” ...ape korang rase?? Excited? Huk aloh.

Wednesday, March 2, 2011

hoy hoy

Assalamualaikum semua. Hari ni 2 Mac 2011. Oh. Kebosanan betul la dekat rumah. Aku da habis tengok movie Mary stay out all Night, Lovely Complex, Playfull Kiss, My Girlfriend is Gumiho...mulai sekarang panggil aku gumiho haha...,dan sekarang aku nak tengok Fugitive Plan B pulak. Fuhh. Penat tau. Stay depan laptop je. Sampai barang-barang aku yang berlambak aku bawak dari uia tu tak berkemas lagi. Statik kat ruang tamu tu sejak seminggu yang lalu. Sory mak huhu. Oh btw, tadi aku baru je pergi sekolah lama aku. Ambil sijil Spm dan Pmr sekali yang berkurun lamanya terperuk kat stor ofis sekolah aku tu. Kali pertama aku jejakkan kaki kat sekolah aku tu serasa macam ohhh..pogoshippo..! Rasa macam baru semalam je aku tinggalkan sekolah tu padahal da hampir 2 tahun sejak last aku datang masa ambil slip periksa SPM aku dulu. Huhu. Selain daripada aku ambik sijil Spm, aku jugak berjaya mendapatkan Certificate LCCI!!! Auww! Cikgu Razak cakap kalau dia ada buat next level untuk Certificate Book-keeping and Accounts, dia akan panggil aku!!! Terima kasih cikgu!!! Jasamu akan saya kenang sampai bila-bila!

Dan sekarang aku terdampar kat CC apek depan pc no 50. Dan aku nak sambung baca manga online. Ok, babai. See ya!

p/s pasni nak singgah rumah aliah nak balun hot gimmick pulak...dabedidabeduuuuu!! >,<