Monday, March 14, 2011

benar... Ini satu PENGAKUAN!

Orang kata pengakuan itu ialah sesuatu yang menyakitkan atau mungkin sesuatu penyeksaan. Tapi pengakuan yang terindah? Takkan takde. Mungkin ya mungkin tidak. Dan aku di sini ingin menggariskan 9 pengakuan aku yang terpalit sepanjang usia belasan tahun-ku. Kenape sembilan? Sebab sembilan ialah nombor aku yang teragung. Teragung di alam semesta.


Pengakuan pertama
Aku tak percaya pada cinta pandang pertama, walaupun kadang-kadang ya, namun kejadian ini bukanlah dongengan semata-mata seperti cerita putera raja meminang cinderella ataupun duyung yang kempunan menginginkan sepasang kaki yang selalu terdapat dalam buku cerita kanak-kanak ataupun tayangan gambar. Bagi mereka dunia adalah fantasi dan mimpi ialah realiti. Seperti hujan yang takkan turun pada langit berbintang terang atau bulan yang memancar sinarnya pada malam 31 February. Sebagai puitis yang selalu teralun indah pabila matanya memandang tepat ke arahku. Sekali lagi ini bukan cerita dongeng. Ini satu pengakuan. Aku tak berbangga dengan semua ini. Malah, mungkin aku sepatutnya kesal dengan apa yang berlaku. Kesaktian bukan pada mata. Namun sekali lagi ingin aku tegaskan, kesaktian itu datang dari hati. Meskipun datang dengan ribut dan perginya tanpa sedar, kecenderungan seseorang untuk mengetahuinya umpama jauhari juga yang mengenal manikam.
Entry: Suspicious


Pengakuan kedua
Gila memang gila. Gila tetap gila. Aku tak dapat mengelak setiap kali seseorang menyebut perkataan keramat itu. Perasaan aku tiba-tiba boleh melonjak sepantas adrenalin. Sengihanku akan melebar dan aku akan terlompat-lompat keseronokan. Dan tentu sekali aku tak dapat mengelak daripada jatuh cinta dengan mereka yang terlibat dengannya. KARATE. Orang mungkin akan tiba-tiba mencelah, “Hek eleh minah ni, gila apa?” atau mungkin seperti ini, “Balik rawang la oi!” ye, aku memang tinggal kat rawang. Setiap minggu aku memang akan balik. Atau ada yang menyampuk, “Cukup3...nafas anda berbau” bilamana aku asyik menyanyi lagu Karatae kebanggaanku. Aku tak kisah. Ye, sama sekali aku tak kisah. Ada je orang yang fanatik korea, tak termasuk aku, yang hari-hari korea korea korea, makan korea tidur korea nyanyi korea gaya cakap pun sebijik macam korea. Dan ada je yang fanatik Faizal Tahir dan Anuar Zain. Tak boleh cakap buruk2 sikit pasal dorang, memang makan pelempang la lepas tu. Ada yang siap tampal nota cinta kat meja belajar. At least aku tak la sefanatik itu, walaupun kadang-kadang ya. Dan ya! Aku mudah jatuh cinta pada ahli karate. Aku mudah tertarik dengan gaya dan teknik kata, kekuatan, semangat yang dimilikinya. Mataku takkan lepas daripada melihat semua pergerakannya. Dan ya, ini satu pengakuan. Aku tak berbangga dengan semua ini. Namun, aku tak kesal. Cinta yang aku maksudkan bukanlah cinta yang sebenar-benarnya. Meskipun aku hampir-hampir terjerumus. Ya, aku sedar. Aku hanya kagum. Aku hanya mengagumi mereka. Tak lebih dan tak kurang. Ini bukan episod cinta lara. Inilah yang dikatakan semangat. Anda akan mudah tertarik dengan sesiapa yang mempunyai minat sama dengan anda. And that’s it! Tak perlu meleret-leret.  Dan tak perlu terkejut jika kawan sejantina anda juga mempunyai pengakuan yang sama seperti anda. Kekaguman terhadap seseorang yang hebat bukanlah satu penyakit. Inilah yang dikatakan normal. Berbanggalah kerana anda normal.
Entry: senyumannya adalah penawar.


Pengakuan ketiga
Aku tak sepatutnya mengatakan hal ini. Mencoret dan menukilkan kisah ini. Dan ya, seperti pengakuan pertama dan kedua di atas, ini adalah satu pengakuan. Pengakuan ketiga dan terbesar aku. Aku tak berbangga dengan semua ini. Malah, mungkin aku akan terseksa untuk menjelaskannya. Aku mempunyai masalah. Masalah yang aku hadapi sepanjang 19tahun usiaku. Atau lebih tepat selama aku belajar mengenal ABC. Aku mempunyai penyakit malas tahap kronik. Dan lebih mengkronikkannya lagi aku menghadapi kesan sampingannya iaitu tak kisah. Let it be, let it go. Let’s bygones be bygones. Tangan aku sangat-sangat lemah. Sehingga aku tak berdaya untuk membuka buku bahkan untuk menyelak helaian demi helaian muka surat pun aku memerlukan azam yang tinggi. Mataku umpama seberat bijih timah. Adapun untuk membuka kelopak mata ini sangatlah payah. Meskipun dibantu oleh jari jemariku. Sudahlah tanganku lemah ditambah lagi mata yang sentiasa kuyu. Namun, bila aku dihadapan kaca televisyen menatap hero pujaanku secara automatik seluruh tubuhku segar bugar. Hanya apabila menghadap buku, penyakitku datang menjengah sehingga kedang-kadang hampir sesak nafas aku dibuatnya. Aku sedar dan aku tahu. Perkara ini harus diselesaikan. Namun, nak fikirkan pun aku rasa malas. Krohhh..krohhh (da tertidur, malas sangat)
Entry: kesanggupan anda untuk menasihati saya. Malas jugak? Sabo jela!


Pengakuan keempat
Nak bagitahu tanak? Nak, tanak? Nak? Okey lah. Ye, aku sayang kau. Kau, kau dan kau. Ini sememangnya pengakuan berani mati. Malu nak cakap tapi aku sangat sangat sangat sayangkan korang semua. Anda tahu siapa anda. Ye, saya sayang anda! Siapa yang tak sayang kawan? Hahaha. Bila aku bersama dengan kawan yang aku sayang, well ada jugak kawan yang aku tak sayang bukan bermaksud aku tak sayang Cuma kurang sikit rasa sayang tu, yang aku nak cerita ialah kawan yang aku sayang sangat2, okey...aku akan jadi macam orang bodoh. Aku akan mula mengeluarkan lawak-lawak yang tak menjadi, tiba-tiba aku akan jadi kanak-kanak ribena, tersengih-sengih, semua yang aku cakap menjadi kucar-kacir, aku menjadi kecoh, mengada-ngada, suka bagi teka-teki, suka tangkap gambar sama-sama, suka menyebok, dan yang paling penting aku akan call dia dan menyamar sebagai orang lain. Jika perkara sebegini berlaku kepada anda, tak salah lagi jika aku ingin tegaskan di sini bahawa anda telah bertakhta di dalam hati yang sekeping ini sebagai best friend forever. Tak percaya? You see, pergi tanya la sesiapa yang kurang rapat atau yang tak kenal siapa aku sebenarnya. Korang akan dapat jawapan seperti ini...”Su? Aku tak kenal dia. Nampak macam baik je” atau seperi ini, “Entah. Dia pendiam la. Tak berani nak dekat”. Hahaha. Aku bukan nak berbangga tapi kebanyakan orang yang bila mula-mula kenal akan mempunyai firasat seperti yang di atas. Pendiam, nampak macam baik, well..memang baik pun, susah nak bergaul dan macam-macam lagi. Tapi bila da kenal lama, jauh panggang dari api. Hahahaha. Tapi..tapi, jangan la pergi. Saya sayang awak. Kawan dengan saya okey. Saya akan layan awak baik-baik selayaknya seorang kawan. Bila awak susah jangan malu jangan segan, cerita je masalah awak dekat saya. Susah awak kita tanggung bersama. Jangan simpan sorang-sorang. Kalau saya senang pula saya akan kongsi bersama awak. Susah saya biar saya je yang tanggung. Sebab saya kuat. Saya kebal. Hahahaha.
Entry: kekuatan seseorang terletak pada rohaninya. Kekuatan aku terletak pada sengihan. Hehe.


Pengakuan kelima
Aku dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai 6 orang adik beradik termasuk aku. Dan akulah bongsu. Bongsu bukan sahaja anda akan dimanjakan bahkan anda akan dapat bonusnya sekali iaitu dibuli sentiasa. Bukan salah aku yang mempunyai 5 orang abang dan bukan juga salah ibu mengandung. Inilah takdir yang harus aku tempuhi. Takdir dibuli 5 orang abang. Saya jadi pengkid, saya jadi tomboy sebab sewkatu kecil saya selalu bergaul dengan budak lelaki. Saya dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakannya lelaki. Saya jadi ganas sebab abang saya yang ajar saya. Saya tukar jantina sebab saya selalu lastik burung, panjat pokok, kencing dalam longkang, tuju guli, tuju kasut, main gasing dan macam-macam permainan budak lelaki...blah blah! Well. Itu pengakuan budak tak sekolah yang tak menghargai ciptaan tuhan yang asal. Tapi bukan pengakuan aku. Aku mengaku sewaktu kecil, teman sepermainan aku ialah abang-abang aku. Yang paling rapat ialah abang aku yang kelima. Aku panggil dia Abang Achik atau ringkasnya Achik. Dengan dia aku belajar main guli, buat layang-layang, main jentik tangan (memang sakit kena jentik dengan dia), main congkak hehe, panjat pokok rambutan (masa kat rumah lama), potong rambut pendek macam lelaki..sebab bila gaduh dengan abang,dorang suka tarik rambut aku yang dulunya panjang mengurai macam nak tercabut kepala, and even arggghhh kencing dalam longkang. Ye, aku pernah buat masa muda-muda dulu!!! Takde kerje. Pengaruh buruk daripada abang aku la ni. Walaubagaimanapun aku tetap perempuan. Tak berubah jadi jantan pun. Kecuali bab menjerit dalam rumah bagi kat aku la. Bila kena sakat dengan abang, aku hanya mampu menjerit sekuat hati melepaskan geram sehingga mak aku datang marah abang aku. Nak lawan dia satu lawan satu tak mampu. Well, aku still perempuan yang lemah hihihi. Dan dalam keluarga aku menjadi anak perempuan yang manja. Err..ye manja! Hahaha! Aku still main masak-masak dengan jiran aku, main anak patung. Kalau bab main patung aku pergi rumah jiran belakang rumah (still rumah lama), sebab anak patung aku, ada satu je telah abang aku jadikan sebagai bola untuk dia sepak sampai hancur. Sabo jela! Lepas tu ada jugak main cikgu-cikgu dan semua permainan perempuan. Dan ini bermaksud aku kena pergi rumah kawan sebab takkan nak main anak patung dengan abang? Gila ape? Kalau nak main batu seremban je abang aku bole kompromi. Aku sentiasa berlatih sebab kitorang selalu main tengok siapa lagi terer. Aku, achik dan abang aku yang keempat, Ude. Dan aku sentiasa kalah dan kalah. Tak puas hati tau! Nampak macam gembira tapi dalam hati ada ribut siapa tahu? Aku pernah membenci Achik. Benci yang tak dibuat-buat. Waktu tu aku da mula diajar sembahyang dan diajar berdoa. Aku diajar bahawa tuhan akan memakbulkan doa kita. Dan ini adalah satu pengakuan yang jujurnya aku sangat kesali. Well, waktu tu aku masih kecil dan tak tahu apa-apa. Aku berdoa agar Achik mati! Ya, ini bukan main-main. Aku ingat lagi selepas sembahyang aku tak lupa untuk berdoa agar Achik berambus dalam hidup aku, agar dia bukan abang aku, dan aku bukan adik dia. Aku berdoa penuh perasaan sehingga menitiskan air mata. See? Inilah penangan pembulian. Achik sangat-sangat suka buli aku sehingga aku bole berdoa kepada Tuhan macam tu. Korang bole agak la betapa aku benci Achik dan betapa dasyatnya cara dia membuli aku. Orang kata seorang budak lelaki nakal sewaktu kecilnya dia akan menjadi seorang bertanggungjawab apabila dia besar. Aku tak tahu betul ke tak. Tapi Achik still sama je macam dulu. Cuma dia tak buli aku da. Aku pulak buli dia. Yeay! Dan penamatnya, aku sangat sangat sangat sayangkan Achik dalam banyak-banyak abang aku! Hehehe. Benci bertukar rindu..ehh sayang? Aku terpaksa akui itu!:)
Entry: kisah ini dinukilkan sewaktu aku masih di tadika. Masih comel. Tembam dan pendek. Comot sana comot sini.


Pengakuan keenam dan entah bila abis habis daaa
Subjek kegemaran ialah Account.
Sebab: Waktu aku form 4 cikgu yang mengajarnya ialah Cikgu Razak. Siapa Cikgu Razak?
Okey!
Cikgu kegemaran ialah Cikgu Razak.
Sebab: Beliau sangat selamba bila mengajar.

Ya, sekali lagi ini adalah satu pengakuan! Aku terjebak dan nekad dalam mengikuti pengajian asasi ekonomi dan sains pengurusan di UIA ini adalah kerana peristiwa yang berlaku 3 tahun lalu. Sewaktu pertama kali beliau iaitu Cikgu Razak melangkah masuk dengan bergayanya ke kelas aku, 4Gamma, untuk mengajar subjek Prinsip Perakaunan bagi menggantikan guru praktikal yang da blah.

Beberapa bulan sebelum itu...
Guru praktikal waktu tu, lelaki, aku tak ingat namanya, Imran kot...tak penting pun...mengajar kelas kami. Biasalah cikgu praktikal kan. Disebabkan subjek Prinsip perakaunan adalah subjek baru. So, aku tak tahu apa-apa la. Dan Cikgu Imran ini pulak aku tak tahu laa, gugup mungkin...mengajar macam tak mengajar. Bila kitorang tak faham dia mengamuk pulak macam nampak hantu. Terjerit-jerit. Aku naik takut bila tengok. Sebab tanak dia mengamuk lagi kitorang pun sepakat jawab laa....”fahammmmm!”. Tapi, bila tak dapat jawab soalan dia, kena berdiri. Hampir seluruh kelas kena berdiri. Yang tak berdiri tu pun sebab tak disoal. Aduihh..

So, bila cikgu Razak sampai, dia umpama hero yang dengan gagahnya meluncur laju menyelamatkan tuan puteri. Dan tuan puterinya itu tentulah aku hehehehe. Dan bila dia mengajar...terdengar la soksek2 yang menggumam...”ohh”, “laaa..macam tu ke?”, “eh, senangnya”, “em baru faham”....dan akulah salah seorang daripada mereka2 yang dok menggumam tu. Keselambaan Cikgu Razak mengajar mengusik tangkai hatiku dan sejak itu aku melihat subjek Prinsip Perakaunan ini dalam sudut perspektif yang berbeza. Sejak itu aku melihat Cikgu Razak sebagai Rahmat. Oppss..Rahmat di sini bukan calang-calang dan bukan Cikgu Razak dah bertukar nama jadi Cikgu Rahmat. Rahmat ialah satu anugerah dan aku melihat Cikgu Razak umpama bersinar-sinar. Sejak itu, ya, sejak itulah aku mula jatuh cinta kepada Account. Cinta lagi? Hahaha. Tak dapek den nak nolongnya. Huhuhu. Dan sejak detik itulah aku berazam setinggi langit lebih tinggi lagi, tinggi daripada segala-galanya, dengan tekad seluas angkasa, tanpa ada apa-apa yang bisa meruntuhkan sinaran bintang-bintang kejora, yang lebih indah daripada puisi sayang-sayang....kerana aku akan berusaha menjadi seorang Accountant suatu hari nanti. Aku tak pasti bila. Yang aku pasti saat itu akan tiba. Dan aku akan melambai-lambai kat korang semua umpama sang YB naik takhta. Oleh itu oleh itu...itulah kisahnya dan pengakuan julung-julung dan terhebat aku. Yang terindah daripada......sue di mana? Sue di rawang!:)
Entry: rindu Cikgu Razak.


Pengakuan ketujuh
Aku menggilai warna coklat! Gila sampai semua benda warna coklat pun aku suka. Kek coklat, baju coklat, kereta coklat, pintu coklat, mata coklat...dan semua coklat la. Dan yang penting dia juga suka warna coklat. Waaaa....kita berkongsi warna kegemaran yang sama laa awak!
Entry: sharing is caring. Anda percaya?


Pengakuan kelapan
Setiap budak perempuan mesti ada artis korea pujaan mereka. Dan begitu juga aku. Shhh...nama dia....:: JANG GEUN SUK ::

Sekali lagi ini memang satu pengakuan.
First time aku tengok dia yela melalui He’s Beautiful, waktu tu aku tak tertarik sangat dekat dia. Saat cinta ini bersemi yela waktu aku tengok dia dalam My Baby and Me! Wahahahaha. Waktu tu dia sangat sangat cute. Rasa nak sepak je. Hahaha. Dan bila aku tengok Mary Stay out all Night pulak...waktu tu aku da tersembam. Gembira sangat. Suka sangat. Muahahaha.  Hanya orang yang spesis macam aku je yang memahami. Encik Jang memang layak disukai ramai. Tapi tak boleh dibuat suami. Nanti semua perempuan nak kacau dia. Kuat jelous ni. Hahaha.
Entry: bila aku pegi korea nanti, orang pertama aku nak jumpa mestilah Jang Geun Suk!


Pengakuan kesembilan dan terakhir
Aku tak pandai memasak tapi aku pandai makan. Aku tak pandai menjahit tapi aku pandai mengoyak baju. Aku tak pandai bergaul dengan orang tua tapi aku pandai menyorok daripada orang tua. Aku tak pandai jaga budak tapi aku pandai buat budak menangis. Secara kesimpulan, aku tak layak untuk berkahwin. Wahahahaha...tak layak berkahwin. What??!! No way man. Aku da 19tahun. Kalo orang dulu-dulu umur 19tahun da ada 5 orang anak. Err...tipu laa tu.  Okay, maybe da ada seorang anak yang masuk tadika dah. And now you tell me that im not qualified to be a wife. A beautiful wife????? A wife yang setiap hari tunggu suami kat rumah dengan setia, masak sedap sedap, urut bahu suami, jahitkan butang baju suami yang tercabut, and macam-macam lagi. Errr...melampau laa tu. Mungkin salah sikit statement tu. Yang betulnya...a wife yang tunggu suami depan tv sambil makan kudap-kudap tengok cerita Crayon Shin Chan, tersengih-sengih sorang-sorang, beli lauk-pauk kat kedai depan rumah then cakap sendiri yang berpenat lelah masak sampai terpotong jari, sediakan kerusi malas untuk suami lepaskan penatnya bekerja, hantar baju suami yang butangnya tercabut kat kedai jahit then claim duit kat suami, dan macam-macam lagi. Ah, tak lupa juga untuk call suami suruh beli aiskrim perisa coklat setiap kali dia nak balik rumah. Beli dua, kalo satu tak cukup pulak. Haaa..yang ni baru versi aku punya. Yang bab budak or baby tak suka bila aku dukung dorang tu bukan salah aku and bukan jugak salah aku kalo dorang merengek-rengek menangis. Tu namanya mengada-ngada. Saja nak ambik perhatian. Kononnya nak jadik femes. Haisshh...sabo jela! Walau macam mana pun aku memang berkelayakan untuk jadik wife, kan kan kan?

Dengan kawan, dengan mak, aku cakap aku nak kahwin umur 21 tahun. Dengan diri sendiri aku cakap aku tanak kahwin. Takdir cakap??? Tuhan lebih tahu.

Dan ini adalah satu pengakuan. Aku masih kecil dan keanak-anakan untuk semua itu. Walaupun ye, walaupun aku dah mimipi berkahwin sebanyak tiga kali. Di ulangi...3 kali! Bukan sekali, bukan dua kali...tapi 3 kali! Namun, mimipi tetap mimipi takkan mungkin jadik realiti. Huahahaha. Dan aku pun tak laa gatal sangat nak kahwin. Ini semua normal...angan-angan si gadis!:P
Entry: aku tak gatal..tapi abang aku memang ye gatal. Gatal nak kahwin. Ish3.


Fuhhh...pengakuan kesepuluh pulak? Mungkin lain kali di post yang lain. Cukup setakat ini. Perut lapar berbunyi-bunyi. Masa untuk melantak da tiba. Sekian.......

p/s jiwa kacau menunggu result semester kedua. Perhatian ini bukan satu pengakuan tapi adalah satu kejujuran.

No comments: